Sunday, January 27, 2013

Checklist Baby : Feeding

Salam..
Rasa macam lama tak update pasal baby stuff. Di Penghujung ni rasanya macam dah almost complete barang keperluan baby dan mama nya. Tapi lebih kepada baby la. Saya tak ingat say ambil mana checklist. Jumpa masa blogwalking awal-awal pregnant dan saya edit mana perlu atau tak. Yang bestnya checklist ni boleh letak sekali berapa yang dah di belanjakan.


1. Feeding Bottle - Banyak brand ada di pasaran. Tak tahu kenapa tapi saya pilih Avent dan beli set ini di Kedai Avent Murah. Masa tu ada promotion. Saya beli dengan harga RM110

set ini dapat 
  • 2 x 4oz/125ml PP Feeding Bottles
  • 2 x 9oz/260ml PP Feeding Bottles
  • 1 x Newborn Soother
  • 1 x Bottle and Teat Brush
2. Breast Pump - Yang ni saya dah story di entri ini

3. Storage bottle - Ini saya dapat dari beli breast pump.

4. Storage bag / plastic - ini saya plan nak beli kemudian je sebab tak tau production BM saya macam mana. Nanti dah beli, production kurang membazir lak.

5. Bottle & Teat Brush - Rujuk no 1

6. Cooler Bag - Pakej dapat sekali beli breast pump

7. Ice Pack - Pakej dapat sekali beli breast pump

8. Sterilizer & warmer - Mula-mula plan nak beli lepas bersalin. Jalan-jalan group preloved ada yang nak jual RM95 dua-dua sekali.

 9. Nipple cream - Nanti baru beli

10. Nursing Bra - Saya beli di Jusco, Tesco je. Baru beli 4 helai. Kalau perlu nanti suruh hubby je pegi beli masa dalam pantang.

11. Nursing Pad - ni dibeli masa baby expo tempoh hari. Saya pilih yang disposable. Tak rajin nak mencuci. Yang kat expo saya beli brand Pureen (84pcs) RM 30. Beli breast pump Avent dapa free 1 nursing pad. Dan saya beli dari group preloved brand Pigeon (59pcs) RM40

12) Nursing pillow - beli masa expo jugak. Mula-mula dulu fikir perlu ke benda ni? Lepas orthopaedic kata saya perlu czer, terus decide nak beli sebab czer kan susah nak gerak nanti lenguh badan merata. Hahaha.. alasan tak leh blah. Sudahnya lepas je beli saya guna masa tengok tv, tidur. Lapik pinggang yang makin sakit sekarang. Ada saya story sikit hal nursing pillow di entry ni. Saya beli brand BabyLove Rm59. Harga asal Rm89.90

Total untuk feeding RM590 T___T Habis gaji mama anak oi.. Haha.. Demi anak. Nasib beli sikit-sikit tak la rasa sangat kuar duit.

2 pendapat:

puan azie said...

miza nursing bra kt jusco brand ape ek..dok cri2 mcm xda lak...

MizA said...

Azie - scarlet

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...