Saya dah buat scan 3d \/(=,=)\/
Tengok mommy lain buat, saya pun teringin nak buat. Masa awal-awal preggy sibuk survey klinik mana yang sediakan perkhidmatan scan 3d ni. Almaklum la di Pulau Pinang ni kurang sikit nak dapat info ni. Lain la KL atau Selangor kan. Memang nak cari klinik / hospital yang harganya berbaloi. Senang kata mampu bayar la kan. Sebab mak nya je yang excited nak buat 3d ni, si ayah pulak cakap 2d pun dah ok. Biasala pompuan. >_
Gleneagles Medical Centre,
1, Jalan Pangkor
10050 Penang, Malaysia
Main Line : 04 - 227 6111
General Enquiries :04 - 220 2109
Tanjung Medical Centre
473 Jalan Burma
10350 Penang, Malaysia
Tel: 604-226 2323 (Hunting Lines)
KPJ Penang Specialist Hospital
Jalan Perda Utama,
14000 Bukit Mertajam,
Seberang Perai,
Pulau Pinang
Tel : 04-5486688
www.kpjhealth.com.my
Klinik Wanita Tan
No. 38, Jln Tun Dr Awang,
11900 Bayan Lepas,
Pulau Pinang
Island Hospital
308 Macalister Road,
10450 Penang, Malaysia
Then my bestfriend kat group whatsapp inform yang dia dah buat 3d scan. Terus tanya location, price, packege segala bagai. Then masa g area Pulau survey la lokasi klinik tu. Nak terus scan masa tu masih awal. Dari yang saya google waktu terbaik untuk scan masa 26-28weeks. Masa pergi Mom and Baby Expo ingat nak scan sekali. Sekali klinik tu tutup. Terus whatsapp my fren, katanya hari Sabtu buka half day je, Ahad memang tutup. Saya ambil no fon klinik tu. Weekday call tanya dan dapatkan info. Klinik tu beroperasi hingga 4.30 petang je. Memang kena ambil cuti la kalau nak pergi. Kena arrange dengan cuti hubby.
Akhirnya masa 29weeks baru berpeluang jejak ke Klinik tu. Sampai dalam 1.30petang, hubby drop saya dulu then dia cari parking. Bukan main lagi saya tolak pintu klinik tu tapi tak terbuka. Rupanya tak perasan masa rehat waktu itu. Kul 2 baru buka. 2 petang masuk tak de sapa pun kat kaunter. Ada la dalam 3 mommy. Then chinese lady (CL) duduk kat kaunter pegang beberapa keping kad patient lain kot. Saya pergi inform saya nak buat scan 3d. Dengan matanya pandang ke PC dia komunikasi dengan saya, tanya pernah datang sini atau tak. Datang sorang lagi indian lady (IL). CL passed kes saya pada IL. IL mintak buku merah saya. Then dia isi form segala bagai then calculate POG saya. Katanya, Dr ni lelaki, awak setuju tak nak dia scan awak, esok POG awak 30weeks, mungkin tak leh nampak muka baby, pihak klinik tak janji akan dapat nampak muka dan berbagai benda negatif lagi. Saya hanya angguk dan jawak OK saja. Saya memang in a good mood that day. Saya di suruh timbang berat badan dan pass urine. Kena celup strip dalam urin dan bawa strip pada mereka semula. Berat badan memang di timbang sendiri tanpa pengawasan mereka. So kita boleh tipu berat badan. First time ok saya lalui benda ini.
Kemudian manusia semakin ramai datang. Doktor tak muncul-muncul sehingga jam 3.20 petang. Saya dan hubby ada hal lain 4.30 petang nanti. Owh, hubby demam panas hari tu. Memang dia tidur dalam kereta saja. Di sebabkan ikut kemahuan Wifey nya ini dia gagahkan diri drive ke Pulau walau tak sihat. Thanks sayang. Risau tak sempat sampai turn saya before 4.15 petang sebab memang kena gerak time tu. Tambahan pula mana yang masuk dari 3.20ptg tu semua yang datang kemudian dari saya. Kesabaran makin menipis. Dalam 4 petang pergi tanya kat CL tu bila turn saya, dan terus terang beritahu yang saya ada hal 4.15 nanti. Katanya lagi 2 patient turn saya. Saya decide tunggu je la. Dah berjam-jam saya di sini, takkan nak balik camtu je. Bila lagi nak buat scan 3d kan.
Lepas tu sampai turn saya, Dr sangat soft spoken, baik nak banding dengan pekerja 2 orang tu. Mula-mula scan 2d dulu, dia explain organ baby jantung, otak, uri, bladder, kidney semuanya normal. Alhamdulillah walaupun Doktor kata perut saya agak kecik banding dengan POG. Tak pe lah asalkan baby sihat. Dia juga tanya dah tau belum gender baby. Jawab je dengan yakin gender yang dah Doktor KK dan GP inform. Katanya betulla tu. Dia pun tunjuk la lagi sekali gender. Lepas tu scan 3d. Mula-mula tak berapa clear sangat. Dr scan 2d semula kira berat baby. Sekali lagi dia try 3d, memang clear nampak muka baby kali ni. Settle semua terus ke kaunter bayar. RM90 dapt 4 keping pic 3d black and white. Ok la tu. Bagi saya affordable. Masuk dalam keta, hubby tanya ''Baby boy ke girl?'' Tak padan dengan demam tu je yang nak tau. Hahhaha. So, ini lah gambar baby. Sekeping je saya snap. Tu pun guna handphone cikai. tettt..
first belek gambar ni saya nampak muka saya masa tengah merajuk
>_< Dah nampak tembam. Pipi pun chubby. Risau jugak
bila semua pun tegur perut kecik, baby tak cukup zat,
nanti lahir underweight dan bla bla.
p/s - nama untuk baby dah confirm ^_^
bestkan leh nampak muka :)
ReplyDeleteMG pon baru wat minggu lepas :)
Tahniah miza...bila due..?..
ReplyDeleteMG - best sangat. Tak sabar dah nak tunggu baby kuar :)
ReplyDeleteUmmiamni - thanks. InsyaAllah awal March nanti :)
wah..xmhl sgt..wat kt klinik mn?ingt nk p wat 3d gak nati..
ReplyDeletetasnim_alia@yahoo.com - Miza email ye
ReplyDeleteSalam miza.. nak Tanya buat scan 3d ni kat mana?
ReplyDeletesalam miza nak Tanya scan 3d yang miza buat tu dekat klinik mana?
ReplyDeletePm sy di fb
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam.. Nak tya.. Buat scan 3d 4d nih dkt mana ye?
ReplyDeleteSalam.. Nak tya.. Buat scan 3d 4d nih dkt mana ye?
ReplyDeleteSalam.. Tumpang tanya.. Awak buat scan 3d n 4d nih dkt mana ye?
ReplyDeletePm sy di fb.
DeleteKini Klinik Keluarga di Kepala Batas, Pulau Pinang turut menyediakan servis scan 4D untuk ibu hamil
ReplyDeletehttp://klinik-keluarga-4d.blogspot.com/