Friday, February 15, 2013

Review Novel - The Wedding Breaker

Salam
Novel ini di beli atas saranan teman maya saya yang  pernah baca kisahnya di P2u. Saya pun memang tengah mencari stok bacaan terbaru. Ambik je la sebab kami sama taste dalam novel ni. Di forum ada berbagai review. Ada yang kata bagus, best gila, ada yang kata menyampah dengan jalan cerita nya dan penggunaan English yang overdose dalam penceritaannya. Bagi saya tiada masalah. Cuma novel agak tebal. Banyak story yang tak patut di sumbat dalam tu. Kalau editor cerdik dan pengalaman boleh je cut mana yang tak perlu tu. Boleh la untuk di buat bahan bacaan di masa lapang, untuk di buat stok bacaan kali ke2, tak kot. Bukan kategori 'susah letak'.

Sinopsis

Ariana Rose membantu Juwita untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Adam. Perkahwinan mereka terbatal tetapi Adam mendendami Ariana yang memalukan dirinya. Adam yang pada mulanya ingin membalas dendam telah jatuh cinta pada Ariana. Adam mula berubah menjadi lebih baik untuk memikat Ariana dan menyesal atas perbuatannya namun sudah terlewat apabila Ariana telah bertunang dengan pilihan keluarganya. Apakah kesudahan kisah mereka? Berjayakah Adam memutuskan pertunangan Ariana?
Mula-mula baca saya pelik kenapa nama heroin lebih kurang dengan nama writer? Kebetulan kot. Then cerita ni pasal orang kaya, mewah, VIP. Memang semua mewah la. Terus khayal dalam dunia mereka. Hehehe..


0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...