Saya pernah mention dalam entry mana tak ingat
Maklumat ini saya ambil dari laman web Kementerian Kewangan MalaysiaSaya dapat duit pampasan ekoran dari kemalangan yang berlaku pada saya 3/7/2011 yang dalam perjalanan ke tempat kerja. Government staff takde SOCSO, maka skim ni yang perlu apply jika berlaku perkara seperti di atas tetapi dengan syarat staff itu hanya mengalami KECACATAN baru dapat pampasan.
Skim Ex-Gratia Bencana Kerja adalah skim yang memberi pampasan kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang ditimpa bencana kerja semasa menjalankan tugas rasmi hingga menyebabkan hilang upaya kekal atau kematian termasuk yang teraniaya disebabkan perbuatan balas dendam akibat daripada tindakan semasa menjalankan tugas rasmi.
Skim diwujudkan bertujuan menjaga kebajikan Anggota Perkhidmatan Awam dan orang tanggungan sekiranya terjadi sesuatu bencana semasa pegawai melaksanakan tugas rasmi memandangkan Anggota Perkhidmatan Awam dikecualikan daripada mencarum kepada skim yang ditubuhkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969.
Pegawai dilindungi dalam tempoh masa berikut:
- semasa dalam perjalanan pergi dan balik bertugas dari rumah ke tempat bertugas;
- semasa perjalanan pergi dan balik dari tempat bertugas ke tempat kediaman pada waktu makan yang diluluskan; dan
- sepanjang masa semasa bertugas rasmi.
Rezeki anak yang kedua, Hubby dapat kerja di sektor kerajaan bermula 1 Februari. Alhamdulillah. Lama dah hubby apply jawatan dalam sektor kerajaan ni. Baik yang gred rendah, hingga lah gred yang setaraf dengan kelulusannya. Akhirnya, tinggal lagi 6 minggu baby nak kuar, dapat email untuk lapor diri. 2 minggu selepas mula bekerja, dapat satu lagi panggilan temuduga untuk gred yang lebih tinggi dari sekarang. Allahuakbar, kami berdua bersyukur sangat. Tetapi atas beberapa sebab, hubby terpaksa tolak panggilan temuduga itu.
Itu sahaja kisah kami suami isteri, rezeki anak kami di penghujung kehamilan. Tujuan entry ini bukan lah untuk bermegah, riak dan sebagainya tetapi sekadar berkongsi walaupun rezeki kami di kurniakan zuriat agak lambat dan pelbagai dugaan lain yang harus kami hadapi dan kini berkat kesabaran kami Alhamdulillah Allah bantu. Tetapi perjalanan kami masih jauh. Kami baru bertapak, bertatih dan belum boleh berlari kencang tanpa melihat ke belakang.
Wassalam
No comments:
Post a Comment
Thanks :)