Salam..
Di awal kehamilan, saya buat survey tentang set berpantang mana yang akan saya gunakan nanti. At first jatuh cinta dengan Tanamera berdasarkan review dari blogger tapi bila sembang ngan hubby tentang ni dia cakap ''mahal sangat kot'' Erm.. ya, saya pun terfikir tentang tu. Tapi bila tengok set-set lain lebih kurang je harga. Semua pun cecah RM200++ Yang murah-murah versi banyak menda nak makan. Saya bukan lah seorang yang patuh pada arahan untuk makan mengikut jadual. Dan kemungkinan tidak sesuai dengan badan dan kesan pada baby.
Kemudian saya survey di group, bila ada yang up isu set berpantang ni, mula la agen, penjual akan suggest produk mereka bagus. Tu, camna nak pilih kalau pendapat lebih kepada nak laku kan produk hasil jualan mereka. Bila tanya mak saya, mak pun serah pada saya je. Mak dah lama kot tak bersalin dan ini first time dia nak jaga anak dalam pantang nak menyambut cucu sulung. Saya tanya cousin yang rapat dengan saya. Dia ada beli set berpantang yang banyak bende alah tu tapi dia kata tak habis guna pun. Sudahnya expired je. Dia suggest saya beli mana yang penting je. Ok, saya ikut nasihat dia. Ini yang saya beli.
1. Param - disapukan keseluruh badan bertujuan untuk mengelakkan badan dari masuk angin. Saya beli yang jenama SariAyu RM13.90. Beli kat kiosk mall je.
2. Pilis - pakai di dahi pula bertujuan untuk menghilangkan rasa pening yang sering dialami oleh wanita selepas bersalin. Yang ni cousin saya bagi. Dia ada lebih.
3. Bengkung - mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut. Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor. Sebab saya akan czer, mak dah belikan jenis yang moden jenama cosway.
4. Ubat periuk - herba dan rempah yang perlu di rebus dan di minum. Berfungsi untuk pengeluaran angin, lendir dan darah nifas. Ia juga untuk
membersihkan, menyegarkan, mengembalikan fungsi rahim, melawaskan sistem
perkumuhan dan membantu membuang lemak berlebihan. Minuman ini juga
dapat menambah tenaga. Yang ni saya beli versi moden. Susah nak jumpa yang tradisional dan saya mungkin tak akan minum kalau yang rebus segala bagai tu. Maka saya beli Akar herbanika (15 uncang) + Phytonatal (90 biji) = RM 140
5. Minyak hangat - hangatkan badan, pecah kan lemak. Ni banyak versi saya beli. Losyen Mustajab dan minyak TYT. Tu pun losyen mustajab dah guna urut kaki yang cramp. Hubby cakap dah abis nanti dia beli lain untuk guna bersalin. Minyak panas bukan masalah kot. Senang nak dapat.
6. Mandian Herba - mengekalkan kehangatan badan, menyingkirkan
sel kulit mati, membuang angin, menyegarkan tubuh, menghilangkan bau
badan dan kesan-kesan hitam akibat kulit pecah. Yang ni saya beli versi moden juga. Yang macam uncang teh, rendam je. Masa baby expo diorang jual secara banyak. Ingat nak beli 2 kotak je. 1 kotak ada 2 uncang, boleh pakai untuk 2-3 kali mandi. Tapi harga lagi mahal banding dengan beli 6 kotak terus. Saya ambil je yang set tu. Lagi pun lepas pantang pun leh guna lagi. Hubby nak guna mandi pun boleh. So, tak rugi pun. Harga saya sudah lupa. Tapi kalau ikut checklist saya total RM42.50 untuk 8 box. Kat expo beli 6 box. Dapat free 2 sachet = 1 box dan saya ada beli 1 box beberapa bulan sebelum expo.
Rasa nya itu sahaja barang-barang yang saya beli untuk di gunakan ketika berpantang. Harap cukup lengkap.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)