Salam..
Rasanya dalam sesi berpantang ni breastfeeding (bf) yang paling mencabar. Memang dah niat untuk bf Anas sehingga umurnya 2 tahun sejak dari pregnant lagi. Saya kan anggota kesihatan, takkan nasihat orang awam je untuk bf tapi diri sendiri tak buat >_<
Saya melakukan persediaan sejak dari preggy lagi dengan membeli breast pump, botol, sterillizer dan warmer. Juga membaca dari pelbagai sumber untuk remind semula apa yang belajar dulu. Alhamdulillah, sebaik sahaja Anas di lahirkan kolostrum keluar dan seterusnya susu. Anas juga boleh menghisap cuma 'latch on' kadang kala tak betul hingga menyebabkan kedua-dua nipple luka pada 2 minggu pertama. Yang teruknya lagi fresh blood menitis-nitis ke baju Anas. Sibuk la saya push hubby pergi beli nipple shield dan nipple cream. Tapi penggunaan kedua-dua nya mengambil masa juga untuk luka tu sembuh. Memang menitis air mata semasa bf. Saya pam susu tetapi masih sakit sebab suction dari pam tu seperti baby suck, sudahnya saya mermet. Alhamdulillah tak sakit tetapi cabaran untuk bagi Anas bottle feeding pula. Setelah cubaan ke dua baru Anas mahu bottle feeding.
Menginjak ke minggu ke4 berpantang bf journey makin baik walaupun adakalanya pernah terniat untuk mencuba fm apabila Anas bf setiap 2 jam dan menjadi makin sukar waktu malam. Biasa la mama Anas ni kalau tak cukup tidur memang bad mood tapi demi Anas ku gagahkan jua dengan bantuan 200% dari hubby. Thank sayang. Moga saya di permudah kan dan di kuat kan semangat untuk meneruskan
No comments:
Post a Comment
Thanks :)