Thursday, March 28, 2013

Props Newborn Photoshoot

Assalamualaikum
Saya memang suka photo shoot. Ngeee.. Sekarang Anas lak kena jadi mangsa mama. Hasilnya hubby kena ikut kerenah bini dia ni. Bila dah dapat date untuk czer terus book OP untuk shoot baby. Gigih tak? Gigih sangat sebab masa mengandung 4,5 bulan dah mintak quotation dari beberapa OP. Sudahnya yang mintak quotation tak hire tapi hire yang lain. Huhu.. Dah yang bagi quotation harga melampau. Nak pakej shoot n burn je pun. Bila dah confirm OP, dia suruh sedia props. Memang saya dan hubby asyik google je cari props yang sesuai. Weekend g mall cari barang tapi haram tak beli. Tapi best sebab hubby take part kali ni. Selalu bila inform nak photoshoot dia buaat tak tau je. Kali ni dia excited nak shoot gambar hero dia *_* Ini antara props yang berjaya kami sedia dalam masa yang suntuk.

1. Crochet hat
Saya beli dekat sini. Memang recommend dan affordable. Tempahan siap memang cepat. Dan harga lebih murah dari lain-lain tempat yang saya survey. Masa plan nak buat photoshoot memang saya ada survey blog, fanpage yang jual crochet design burung hantu. Tak tau kenapa tapi berkenan sangat. Nampak comel je baby pakai.
ni yang Anas punya ^_^


2. carpet
tak tau panggil pe. Saya panggil carpet je. Hahaha.. Belasah la. Janji maksud sampai.
Bajet nak buat camni

comfy je nampak

3. Pashmina / shawl
Yang ni ada yang nak bagi pinjam, tapi saya memang nak beli juga untuk kegunaan masa hadapan. Maka ada banyak pilihan colour.

Hajat nak buat camni


4. Raga / bakul
Saya nak yang camni tapi merata cari tak jumpa. Time nak memang selalu tak jumpa kan? Aci tak guna raga buah masa hantaran kawin dulu je?


Itu je props yang kami gunakan. InsyaAllah ada masa nanti saya share gambar-gambar Anas masa photoshoot

3 pendapat:

Schaz said...

Bestnye...nnt buat la review price OP utk newborn...hihi

MizA said...

schaz - insyaAllah, tgu soft copy dr OP.. dah ada dlm draft tinggal nk edit & publish je :)

Anonymous said...

kain purple tu cheese cloth.. :)

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...