Nak share pengalaman saya bersalin walau dah 2 minggu saya bersalin. Walaupun czer, sekurangnya ada memori untuk di ingat nanti.
28 Februari 2013 (Khamis)
Saya di arahkan untuk 'check in' ke wad untuk czer keesokkan harinya. Siap-siap dalam kul 10 pagi dah nak gerak ke hospital tetiba dapat call dari hospital. Doktor call tanya kenapa belum sampai. Erk, kena pergi awal ke masuk wad? Sampai je pergi dewan bersalin (LR), daftar masuk wad tapi kena tunggu prosedur di LR dulu. Tukar baju pink, jumpa doktor, di beri penerangan tentang prosedur pembedahan, sign surat kebenaran pembedahan, scan, check denyutan jantung baby, ambil darah, masuk branula (jarum). 3 petang baru masuk wad, dapat baring atas katil.
4 petang, di panggil oleh Doktor bius untuk sesi temuramah dan sign surat kebenaran bius. Doktor explain komplikasi yang akan jadi dari bius, saya akan di beri bius spinal iaitu bedah separuh badan, dari pinggang ke bawah kebas, atas dari pinggang boleh rasa macam biasa. Dari situ saya giliran yang ke 3 untuk operation esok. Dalam tengah hari mungkin dah boleh czer itu pun kalau tak de kes emergency selit masuk. Kalau ada, kes saya mungkin akan ditunda keesokan harinya.
10 malam di maklumkan oleh nurse untuk berpuasa jam 12 tengah malam nanti. 6 pagi kena siap-siap mandi dan tukar pakaian operation dan di masukkan air (drip). Sebelum ke dewan bedah akan di masukkan tiub kencing (CBD). Malam tu husband siap beli nasi goreng dan saya minum milo tepat jam 12.
1 Mac 2013 (Jumaat)
7 pg - mandi, tukar baju operation dan di masukkan air.
12 tengah hari - di panggil untuk 'skin prep' dan kemasukkan CBD. Saya menjadi mangsa eksperimen student nurse. Memang sakit hati dan sakit ''di situ''. Puncanya cikgunya yang B*;^%$. Malas nak ingat banyak yang nyatanya lepas pada tu saya menanggung sakit ya amat di bawah hinggakan urin saya bertukar menjadi merah. Bila hubby inform nurse, doktor cek, bahagian tu dah luka. Nak tak nak kena tahan sakit juga sebab memang prosedur pembedahan perlu untuk masuk CBD. Hubby menemani saya yang kesakitan. Memang tak dapat sembang dengan dia. 12.30 pm hubby pergi solat jumaat dan saya minta dia bawa hp. Saya yg sakit memang rasa hp sangat menyusahkan.
1 ptg - saya di panggil ke dewan bedah. Tak dapat nak inform hubby T_T
2 ptg - masuk dewan bedah. Saya di bius separuh badan. Memang saya nampak dan dapat rasa segalanya (mata kurang nampak sebab mata rabun). Saya rasa diorang gosok, lap dan paling rasa masa di tekan bahagian atas perut masa nak keluarkan baby.
2.27 ptg - Dengar dah baby nangis. Alhamdulillah. Lepas pada tu prosedur kuarkan uri dan menjahit. Nurse letakkan baby atas dada saya lepas dibersihkan untuk 'skin to skin' (kalau tak silap). Nurse suruh saya sebut gender baby. Belum breastfeeding lagi, operation masih belum selesai. Yang nyatanya saya sangat sejuk walaupun ada warmer hingga BP saya drop dan pitam sekejap.
3.30 ptg - Operation selesai, saya diletakkan di recovery untuk pemerhatian. Nurse letakkan baby atas dada saya untuk breastfeeding. Semua dengan bantuan mereka. Saya masih menggigil kesejukan dengan selimut haba dan bahagian bawah masih kebas. Baby pandai menghisap, kolostrum pun dah keluar. Alhamdulillah.
4 ptg - Saya ditolak ke wad semula. Sepanjang perjalanan pulang ke wad mata saya meliar kiri kanan (walau rabun) cari hubby tapi tak jumpa. Confirm dia tak tahu kat mana dewan bedah czer. Sudahnya masa nak masuk pintu wad saya nampak dia di koridor. Sempat bersiul panggil dia (itu komunikasi kami berdua di khalayak ramai. Dengar bunyi camtu masing-masing paham)
Masuk wad, saya di tukarkan pakaian, diberikan selimut dan diminta berehat kerana kesan bius akan hilang dalam masa 6 jam selepas di bius. Uri di berikan pada hubby. Sejam selepas itu saya dah mula rasa sakit di bahagian perut dan kaki saya mula kebas. Sakit memang sangat - sangat sakit. Saya di tawarkan ubat tahan sakit oleh nurse. Pada mulanya saya dapat tahan lagi sakit. Tapi bila sakit tak tertahan memang saya terpaksa minta tapi umpama tak di cucuk pun. Langsung tak de kesan pada saya. Sakit hingga saya mengalirkan air mata.
Sapa yang datang melawat masa tu memang nampak saya yang menanggung kesakitan. Sebarang soalan memang saya tak jawab. Sudahnya saya pejam mata je. Biar diorang ingat saya tidur. Hingga ke malam sakit tu masih terasa sehingga susah untuk saya bf baby dan perlukan bantuan nurse.
2 Mac 2013 (Sabtu)
Doktor buat lawatan CBD dah boleh di buang dan perlu bergerak (ambulation) hari ni untuk menggalakkan peredaran darah. Tengah hari baru saya cuba untuk bergerak ke tandas. Memang mengambil masa yang banyak dari baring ke duduk kemudian turun dari katil. Berjaya turun dari katil saya mula pening. Saya hanya minum milo dari malam semalam hingga ke tengah hari. Kemudian slowly berjalan ke tandas. Memang membongkok dengan tangan ampu di perut. Sungguh rasa macam nak tanggal perut masa berjalan.
3 Mac 2013 (Ahad)
Saya dan baby di benarkan pulang.
Itulah serba sedikit pengalaman yang masih saya ingat.
Gambar pertama baby kami sebaik sahaja keluar dari bilik bedah |
hadiah dari hubby selepas saya selamat bersalin. Thanks sayang :) |
Hi..just nak experience, saya juga bersalin secara bedah, tapi maybe ubat tahan sakit saya sangat kuat, so saya tak rasa teruk sngt lps bersali tu:)
ReplyDeleteHi... Ye ke? Badan saya ni tak de kesan lama kot atas ubat. Kejap je dah rasa sakit.
Deletemacam-macam pengalaman bersalin ceasar kan. tapi bab student praktikal tu sebenarnya saya pon lemas jugak.. tapi sabar la kan.. sekiranya kita berkemampuan, memang better kita bersalin di swasta...
ReplyDeleteTu la kan.. Tapi diorg pun nk belajar. Yamg tak bestnya kita la. InsyaAllah.. Next baby :)
Deletesalam nak tanya, ada kemungkinan tak skin prep tu dilakukan oleh pembantu lelaki?
ReplyDeletePossibility ada tapi sgt jrg la. Biasanya perempuan yg buat
ReplyDelete