Monday, March 25, 2013

Nama anak

Assalamualaikum
Antara perkara yang excited untuk ibu bapa yang menanti kelahiran anak sulung semestinya memilih nama anak. Begitu juga saya dan hubby. Mula-mula saya senyap-senyap je cari tak inform hubby pun sebab masa tu awal sangat lagi. Baru 1st trimester. Awalnya saya decide nak huruf awal nama anak A dan M. A untuk nama hubby Azlan dan  M untuk nama saya Miza. Lepas tu terfikir kenapa bukan S? Nama penuh saya kan mula huruf S. Dan kami sekeluarga semua nama huruf S. Terus tukar nak A dan S sama macam rantai di ENTRY INI.


Masa pilih-pilih nama tak tahu gender anak lagi. Main senarai je nama yang mula dengan huruf A dan S. Dah buat senarai tunjuk kat hubby. Satu pun dia tak berkenan. Cehhh.. Penat mak google cari maksud segala bagai. Hubby kata biar dia je cari nama.

Saya bagi beberapa syarat kat hubby untuk nama anak kami.
  1. Nama depan nak 4 huruf je.
  2. Nama tak leh sama dengan nama saudara mara lain, sepupu, anak sepupu, anak buah dll.
One day tu dia inform dia dah dapat nama anak. Kerja saya cari maksud je. Masa tu tahu dah gender. Then saya join group Nama-nama Indah yang Bermakna dan tanya Kak Nhazz maksud nama tu dan combination nama tu sesuai ke tak. Alhamdulillah katanya sesuai dan OK. Inform hubby dan proceed nama tu untuk anak kami. Mula la kami berdua panggil nama tu masa belum bersalin lagi dan dia pun macam paham je tu nama dia. Behave je bila nasihat urut-urut perut. Tapi kami ada juga spare nama untuk baby gurl. Kot la in case yang kuar girl bukannya boy.

MUHAMMAD ANAS SYAUQI 




0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...