Hujung minggu lepas tamat sudah sesi berpantang saya dan kami dah pulang ke rumah kami. Saya dan suami belajar menguruskan anak kami tanpa bantuan sesiapa. Isnin lepas bermula lah cabaran saya menguruskan Anas seorang diri. Memang mencabar. Anas tidur paling lama 15 minit. Mana nak sempat saya nak masak, makan, mandi, pam susu dan lain-lain lagi. Sudahnya saya mandi laju-laju daan masih dengar Anas menangis masa mandi. Tambahan pula rumah kami memang sangat semak dengan barang dan habuk di mana-mana. Ingatkan nak la mengemas sementara tidur tapi... Anas hanya tidur lama bila saya baring sebelah. Saya berginjak je sikit mula la dia menguekkkk (ada ke word ni?) Dah tu camna nak buat kerja rumah?
Antara penyelesaian yang kami suami isteri buat untuk elakkan masalah adalah :
- Saya masak, mengemas segala bagai masa malam dan hubby jaga Anas.
- Hubby beli buai untuk Anas memandangkan Anas tidur kat katil sekejap sangat. Dengan buai ni Anas tidur dalam sejam ke dua jam je. Tapi ok la, sempat saya selesai banyak kerja rumah dan boleh update blog ~___~ Banyak perpektif pasal bagi anak tidur buai ni dan saya antara yang pandang negatif hal ni tapi bila dah hadap masalah ni sendiri baru saya tau perlu atau tak buai. Saya tak nak komen panjang lebar isu ni.
- Saya mermet. Dapat la sikit hasil dari biar breast bengkak.
Sekarang ni baru seminggu saya habis berpantang dan menjalani kehidupan bertiga kami dan ini adalah antara cabarannya sebagai ibu bapa baru. Mungkin tak seberapa bagi orang lain tapi besar impak nya pada kami berdua. Ye lah, 2 tahun hidup berdua, tetiba jadi bertiga. Memang dah prepare mental sebelum ni tapi bila sendiri hadapinya lain dengan yang di bayangkan.
Moga saya lebih banyak masa nak update blog ^__^
No comments:
Post a Comment
Thanks :)