Saturday, April 13, 2013

Review novel : Street Vendetta

Assalamualaikum

Novel yang mengambil masa yang lama untuk di habiskan. Saya memulakan pembacaan ketika admit hospital untuk czer.  Bila dah bersalin memang tak sempat la nak meneruskan pembacaan. Sehingga habis pembacaan novel ni saya masih tak tahu kenapa tajuk novel ni street vendetta. Saya memang tak tahu maksud street vendetta dan apa kaitannya dengan jalan penceritaan novel ni. Kena tanya kak nita ni.

Sinopsis

Anabella gadis yang berasal dari kampung tetapi berubah bila bekerja di KL. Menyamar sebagai anak orang kaya dan menjalani hidup yang mewah hingga terikat dengan hutang dan membawa kepada pertemuannya dengan Kojie yang di tugaskan untuk menarik kereta Anabella. Kojie yang lurus menjadi mangsa tipu helah Anabella hingga membawa mereka ke Cherating untuk Anabella bertemu dengan Iqbal, lelaki yang telah lama di cintainya tetapi merancang untuk bertunang dengan Mira. Namun majlis pertunangan Mira dan Iqbal di batalkan setelah rahsia zaman persekolahan mereka terbongkar dan Iqbal melarikan Bella untuk tujuan keselamatan Bella dari Mira dan Kojie ditinggalkan. 5 bulan berlalu, Bella bekerja semula di syarikat lama setelah perselisihan paham antara mereka selesai dan dia ditukarkan ke cawangan lain. Di situ dia bertemu Fakruzi yang seiras Kojie. Mulanya Bella menyangka Fakruzi adalah Kojie tetapi setelah di siasat mereka adalah kembar dan Kojie telah meninggal semasa kemalangan. Dan Bella mula menyedari yang dia telah menyukai Kojie sejak di Cherating lagi.

Takat tu je? Tak la.. Banyak lagi plot menarik tapi takkan nak cerita semua di sini kan? Novel ni dah lama di pasaran. Seingat saya dalam 2009 kot. Pernah nampak kawan beli dan baca tapi tak terasa nak baca pun sebab tajuk cam pelik dan cover tak menarik. Saya kan suka 'judge a book by its cover'. Kemudian lepas mengenali penulis novel ni terus order semua karya penulis yang saya lum ada. Konon nak baca masa sesi berpantang. Nan hado! satu novel je berjaya khatam masa confinement.

Kesimpulannya 'Don't judge a book by its cover'

p/s : Hari ni last day pantang :-P

5 comments:

  1. saya bc bku nie online smpai 1 tahap dh xde entry bru..rupa2nya nk dibuku kan..and now,mmg dh beli utk koleksi hihihi

    ReplyDelete
  2. ira_bluebee - street vendetta ada online ek dulu? Miza tak tau pun. Hehehhe.. Miza baru je berjinak-jinak dengan karya penulis ni

    ReplyDelete
  3. Kakak ade jual x novel ni, saya tak tahu nak beli kat mane.. Ni kan novel lama

    ReplyDelete
  4. Kak ade jual x novel ni? Saya x tau nak beli kat mane sbb ni novel lama

    ReplyDelete
  5. sorry sis, saya tak jual novl ni. sis boleh contact pnulis novel ni di fb, saya pun bli kat dia.

    ReplyDelete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...