Tuesday, May 28, 2013

Baby & Kidz Fair

Jumaat lepas sempat ajak hubby pergi. Sejak jadi mak ni pantang tengok ada benda camni mula la sibuk nak pegi. Tapi ni hubby yang inform, dia nampak billboard kat pulau. Saya pun search FB, jumpa dan review brand company mana yang join. tak berapa popular sangat tapi kat Penang ni jarang nak ada Baby fair, expo camni, pergi la jugak.

Sampai dalam 4 petang, senang jumpa tempat ni walau pertama kali pergi, parking pun senang. Anas letak dalam stroller dan sangat behave sepanjang mama dia shopping. Masa dah nak balik baru cranky sebab lapar dan ngantuk. Good boy. Tak meriah mana pun, orang pun tak ramai, tak de brand yang gah sangat. Yang ada Diapex. Drypers, Avent, Basilic, Baby Organic & MeadJohnson. Itu yang barang baby la. Lain-lain PAMA, Balentino, Pelikan, Ninolac dan lain-lain. Sampai-sampai kena daftar untuk lucky draw & door gift tapi dah habis door gift. Jalan lagi nampak kaunter untuk redeem goodie bag dari MeadJohnson.

Sasaran kali ni nak beli diapers, drying rack, botol susu Avent dan tight. Harga ada yang murah. ada yang biasa je. Drypers RM34/pack, beli 4 pack dapat price RM29. Head to toe RM19 for 2. Diapex Premium RM29/pack RM50/2 packs, Diapex Easy size S RM30/2 pack Saiz M,L,XL RM29.90/pack RM55/2 packs. Medela freestyle RM1899 + Medela nipple cream + Disposable breast pad. Kali ni banyak stroller banding dengan yang last year saya pergi.

Antara barang yang saya beli
goodie bag dari MeadJohnson
isi dalam goodie bag
RM105
classic 2x40z RM52
Legging + baju basahan RM50
RM52.90 + free flash card + woven bag


carrier baby RM59, head support (xde dalam gambar) RM12, 
drying rack RM26.90, socks RM10/6 pairs, bibs RM5/ 7 helai
free bag + car sticker
beli dan terus rasmi
Walau tak meriah habis beratus gak. Biasala perempuan, mana boleh tak beli kan? Gaji lak dah masuk. Huhu.. Tunggu Mom & Baby Expo Disember pulak. Dan kot stock Pampers habis. Heheheh

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...