Friday, May 3, 2013

First time tinggal kan Anas

Salam

Selasa (30.4.13) first time saya terpaksa tinggalkan Anas pada mak sebab saya perlu ke hospital, ada urusan rasmi yang tak dapat di elakkan. Mula nya plan hubby nak jaga. Nak minta claim hour untuk half day tapi malangnya sehari sebelum tu hubby cakap boss dia tak bagi cuti atau pun claim hour. Terpaksa la minta tolong dengan mak. Nasib la mak tak keberatan nak jaga cucu sorang ni dan Alhamdulillah saya ada stock chilled EBM.

Malam tu siap-siap letak chilled EBM dalam storage bottle 2 oz. Biasa Anas minum 2 oz je setiap 1.5-2 jam. Saya tak tahu nak tinggal berapa botol. Jalan selamat saya tinggal 6 botol. Takut Anas buat perangai. Saya fikir biar lebih dari kurang. Saya pun tak tahu hal tu akan selesai pukul berapa. Kalau awal saya plan nak ke bank, KWSP dan beberapa tempat lagi untuk urusan lain. Saya bajet paling lambat pun dalam 5 petang baru saya sampai rumah mak. Packing baju Anas sekali takut pagi nanti terlewat bangun.

6 pagi saya bangun dan Anas pun bangun. Memang kelam kabut. Hubby mandi, solat saya jaga Anas dan sebaliknya. 7 pagi baru gerak ke rumah mak dan hujan lebat. Plan awal lepas hantar Anas rumah mak, kami balik rumah, hubby naik motor pergi kerja dan saya bawa kereta. Dah hujan saya ikut hubby ke tempat kerja dan saya patah balik ke hospital dan petang nanti saya kena ambil hubby. Perjalanan dari tempat keje hubby ke hospital lebih kurang 45 minit.

Nasib baik sempat sampai hospital. Bla bla bla urusan selesai 11 pagi. Pergi makan, sembang, post office dah kul 1. Pejabat kerajaan waktu rehat. Saya pun berehat dalam kereta. Kul 2 sambung urusan dan 4 petang pergi ambil hubby, makan dan sampai rumah mak saya lepas maghrib. Anas tengah tido dan last EBM dia baru lepas minum. 12 jam saya tinggal dia. Alhamdulillah cukup susu untuk Anas minum. Tu pun 2,3 kali saya call mak tanya susu tinggal berapa botol. Kalau nak habis memang saya terus balik rumah dan tangguh urusan lain-lain tu. Ada bagusnya saya ada urusan, saya dapat gambaran masa dan jadual yang perlu saya urus bila dah naik kerja nanti. Harap di  permudahkan kelak.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...