Monday, May 6, 2013

Sterilizer & Warmer

Salam

Seperti di post ini, saya beli preloved sterilizer dan warmer. Price RM95. Masih elok dan berfungsi.

Fungsi sterilizer untuk bersihkan botol, puting dan breast pump. Cara nak guna, basuh bersih botol, puting. Masukkan dalam sterilizer. Ada 2 tingkat. Tingkat bawah letak botol, tingkat atas letak puting, tutup bekas dan tekan on. 8 minit dah siap. Bila siap ada bunyi beep. Kalau sibuk biar je, nanti dah free baru keluarkan pun tak de masalah. Boleh je rebus botol puting segala bagai ni dalam periuk tapi tak kan nak campur periuk yang dah guna masak lauk pauk kan?

Fungsi warmer pula untuk panaskan EBM dan makanan bayi. Cara lain masuk air panas dalam bekas 1 cawan, air biasa 2 cawan lepas tu rendam susu dalam bekas tu. Mungkin lebih cepat dari guna warmer. Sebab saya pun ambil masa sebulan untuk paham konsep warmer ni. Ada 3 aras untuk warmer 40 darjah celcius untuk susu, 70 darjah celcius untuk makanan dan 100 darjah celcius untuk sterile. First time guna, saya masukkan botol dan letak di 40. Lepas lampu padam angkat test susu masih sejuk. Saya fikir benda tu rosak, ye lah beli preloved kan? Lepas pada tu saya letak dekat 70.

Dah google, baca review sana sini baru tau susu perlu di panaskan 10-15 minit dalam warmer pada suhu 40. Jangan biar susu dalam warmer kalau baby belum bangun. Lebih pada 40, zat, nutrien dalam susu akan kurang dan hilang. Selama ni bagi Anas EBM yang tak berkhasiat T_T Sekarang dah tahu. Agak-agak time Anas nak feeding, panas siap-siap. Bila bangun je terus leh feeding. Tak pun keluar je siap-siap chilled EBM letak luar. Jadi, susu tak la sejuk sangat dan masa nak panas lebih singkat.

Kalau tak beli pun tak de masalah tapi zaman moden ni semua nak mudah kan? Termasuk la saya. Dapat jimatkan masa, hubby pun leh tolong buat. Tapi terpulang pada individu.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...