Tuesday, May 14, 2013

Pengeluaran KWSP pekerja berpencen

Pengeluaran ini membolehkan ahli KWSP yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam dan telah diberikan taraf pekerja berpencen mengeluarkan simpanan bahagian pekerja berserta dividen sekiranya masih mempunyai baki simpanan di KWSP setelah pengembalian caruman syer kerajaan kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) KWAP
Beberapa minggu lepas saya ke KWSP untuk selesaikan urusan ini. Dari feedback teman-teman saya perlu menyediakan beberapa salinan dokumen untuk di semak oleh staff KWSP sebelum di beri borang untuk di isi. Dokumen tersebut adalah
 
  • MyKad
  • Tawaran ke jawatan tetap
  • Pengesahan Jawatan
  • Skim Taraf Berpencen.
  • penyata buku bank/salinan muka depan buku bank

Dengan berbekalkan dokumen-dokumen tersebut saya ke KWSP, tetapi sebenarnya dokumen tersebut hanyalah untuk rujukan sebagai pengesahan yang kita dah di sahkan dan tarikh taraf berpencen bermula. Untuk submit dokumen tersebut tak perlu. So, kalau bawa yang original saja pun dah cukup. Kemudian saya di beri Borang KWSP 9J(AHL) dan notis pelepasan caruman KWSP. 

Kedua-dua borang tersebut perlu di isi dengan pen hitam, huruf besar dan notis pelepasan caruman KWSP perlu di bawa kepada ketua jabatan untuk pengesahan. Saya ke ofis untuk pengesahan dan pegawai ofis minta dokumen-dokumen yang saya senarai di atas walau saya dah inform yang staff KWSP cakap benda tu tak perlu tapi dia tetap berkeras yang selama ni memang itu semua di perlukan. Saya tak nak bergaduh, panjang cerita dan bermasam muka, saya bagi je apa yang dia minta. Nasib dalam fail saya ada semua tu. 

Lepas tu gerak ke KWSP semula untuk submit dan saya betul. Hanya Borang KWSP 9J(AHL) dan notis pelepasan caruman KWSP sahaja di minta. Lain-lain dokumen di serahkan semula kepada saya. Rasa macam nak pergi semula ke ofis dan hempuk dokumen tu atas meja pegawai tersebut.

Staff KWSP inform yang bayaran akan dibuat selepas 21 hari bekerja dan hanya 45% je dapat. Tak kisah la, saya bukan nak guna duit lagi tapi nak masukkan ke dalam ASB. Sementara masih bercuti dapat la selesaikan beberapa urusan rasmi.

21 pendapat:

Ayg Mysarra said...

Assalam..juz nk btnye..so skg nie da dpt ke duit 2?brape lme proses 2 sbnrnya n pihak kwsp ade inform kt kita ke x samada duit da msuk@ blm??tq

Ayg Mysarra said...

Assalam..juz nk btnye..so skg nie da dpt ke duit 2?brape lme proses 2 sbnrnya n pihak kwsp ade inform kt kita ke x samada duit da msuk@ blm??tq

MizA said...

Ayg Mysarra - wasalam, duit dah dapat lebih kurang 3-4 minggu lepas saya submit. KWSP akan sms inform yang duit dah masuk dalam account.

muizrahman said...

lama jugak la eaaa..kawan saya ari tu 4 hari

siti farishah An said...

slip gaji nak kena bawa ke?

MizA said...

X perlu bawa

MizA said...

Cepatnya

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Saya baru uruskan pagi tadi di kwsp cawangan sibu. Dokumen yg di perlukan..surat pengesahan jawatan&taraf pencen. Ic dan juga muka depan buku bank. Payslip masih ada potongan kwsp pun boleh proceed..

Anonymous said...

yang masuk 4 hati tu pakai bank ape?

MizA said...

Tq for the info ;)

Muhaini Mustafa said...

hyeeeee miza, kaki dah ok ke

Muhaini Mustafa said...

miza... baru jumpa blog awak, kaki dah ok ke

MizA said...

hi Muhaini Mustafa.. kaki ok dah :)

Anonymous said...

hi miza..yg 4 minggu tu awak gn akaun maybank ke?sbb baca kbnykan yg dpt cepat gn akaun maybank.

MizA said...

anon - yep, Maybank

mazni Omar said...

Surat Taraf berpencen tu kt akan dpt bla.adakah sama ngn surat pengesahan dalam perkhidmatan coz dalam surat tu dh tulis yg kita dibawah skim berpencen

MizA said...

Surat trf berpencen dpt slps kita buat pilihan utk pencen. Tak sama dgn srt pgsahan dlm perkhidmatan.

MizA said...

Surat trf berpencen dpt slps kita buat pilihan utk pencen. Tak sama dgn srt pgsahan dlm perkhidmatan.

Anonymous said...

saya sudah sah jawatan selepas setahun berkhidmat...utk pengeluaran kwsp perlukah tggu 2 tahun lg atau boleh keluarkan bila dapat surat taraf pencen?

Bad Rul said...

Kawan awk tu bt kt kwsp kt mana ye

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...