Monday, May 13, 2013

Check up Anas Syauqi 2 months

Salam..
Sementara belum mula kerja ni sempat la nk story hal check up Anas kat blog. Harap lepas ni pun mampu lagi teruskan. Kembali pada tajuk, check up Anas untuk 2 bulan patutmya pada 2 Mei tapi saya minta tukar ke 8 Mei untuk sekalikan dengan appointment ENT Anas dan saya, so, hubby tak perlu ambil cuti banyak hari dan ada beberapa urusan rasmi yang kami perlu uruskan.

Berat : 4.3 kg
Panjang : 56 cm
BMI : 14.3
lilitan kepala : 37cm

Check up kali ni takde masalah cuma isu klinik je. Masa 1 bulan ke klinik berdekatan dengan rumah parent saya, kali ni saya minta KK yang dekat dengan tempat kerja. KK ni juga saya datang untuk antenatal check up tapi masalah sekarang ikut alamat rumah kami luar kawasan KK. Nanti masalah reten imunisasi. Untuk 3 bulan saya kena pergi KK dekat rumah.
Anas kena cucuk untuk 2 bulan. Kejap je nangis. Good boy.

Setakat Anas dah menginjak 2 bulan ni dia dah pandai senyum, pandang mata bila bual dengan dia atau senyum dia akan senyum balik. First tengok dia bagi reaksi camtu rasa teruja sangat. Terus snap photo whatsapp kat hubby. Dah boleh genggam jari kita, jari dia nak masuk dalam mulut je. Kadang-kadang semua jari masuk mulut. Asyik main air liur je. Abis basah baju, jari, pipi semua.Best sangat dapat tengok perkembangan anak depan mata. Waktu tidur masih macam dulu. Siang tidur, malam berjaga. 3, 4 pagi baru lena sampai 11 pagi camtu. Bangun untuk menyusu je, tu pun jap je nyusu terus pejam mata balik. 

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...