Saya dalam dilema untuk menghantar Anas ke taska mana apabila bekerja tak lama lagi.
Taska A
Dekat dengan rumah saya. Bayaran RM300/bulan untuk 7 pagi hinggan 6 petang. Kawasan perumahan. Bayi baru 2 orang termasuk Anas. Lain-lain yang saya lihat hanyalah kanak-kanak dan bilangan tidak ramai. Pekerja 5 orang. Persekitaran nampak bersih. Bilik bayi di bawah dan ada 5 baby cot. Limit diorang jaga 5 baby saja. Yang berumur 3 tahun ke atas sekali dengan pembelajaran ABC
Taska B
Dalam kawasan tempat kerja saya.Bayaran RM220/bulan untuk 7 pagi - 6 petang. Bayi bawah 6 bulan 3 orang tidak termasuk Anas. Taska luas dan sangat ramai budak yang di jaga. Saya masuk bilik untuk bayi mereka. Bilik sangat kecil, ada 2 bilik, setiap bilik ada 5 rockers. Ada beberapa budak atas rockers tengah tidur dengan dibedung kuat menggunakan kain batik buruk dan bilik itu berhawa dingin dan sangat sejuk bagi saya sebagai orang dewasa. Setiap budak yang saya jumpa semua nya selsema. Penjagaan kebersihan kurang. Botol susu yang masih ada baki susu di biarkan atas meja dan budak yang mana boleh jalan ambil je botol susu yang ada situ. Saya tak tahu samaada budak tu kenal itu botol dia atau dia main ambil je botol tu.
Dua-dua ada pro and cont. Taska B dekat dengan saya. Saya boleh walk in je pergi tengok dan BF Anas tapi persekitarannya sangatlah buat saya kecewa dan sebak melihat budak-budak di bilik bayi tu. Sungguh rasa nak menitis air mata lihat keadaan mereka. Taska A saya belum pernah lihat mereka mengasuh budak aau bayi. Setakat yang saya pergi bertanya memang nampak ok mereka melayan budak-budak situ. Siap melayan menonton CD upin ipin lagi. Tapi sebagai mak ni terselit la juga bimbang mungkin depan parent mereka layan elok tapi belakang parents?
No comments:
Post a Comment
Thanks :)