Anas dah jadi ahli kelab Nuri. Lama dah plan nak pergi buka akaun simpanan untuk Anas ni. Duit Anas tak de la berjuta-juta tapi saya memang tak suka simpan duit banyak-banyak. Asal nya nak buka ASB, tapi Anas belum cukup 6 bulan. Sementara nak tunggu 6 bu;an tu saya dan hubby bincang buka dulu akaun simpanan bank dan dah cukup 6 bulan baru buka akaun ASB. Berminggu-minggu jugak la saya buat research bank mana yang patut saya buka akaun. Hubby serahkan semuanya pada saya. Selepas google merata, saya buat kepututsan pilih Bank Rakyat, dan hubby pun setuju.
Hari terakhir saya cuti bersalin, saya ke Bank Rakyat untuk buka akaun. Ingat nak tanya dulu kat kaunter khidmat pelanggan kelebihan buka akaun Nuri
dapat tabung ke tak tapi tak de orang pun. Ada guard je. Guard yang bagi borang untuk buka akaun dan no giliran. Nasib tak ramai orang tapi lama gak nak buka akaun tu. Nak buka akaun kena bawa Mykad penjaga dan salinan, Mykid dan salinan serta surat beranak dan salinan. Saya bawa semua original. Tau tahu pun perlu salinan. Nasib baik officer tu cakap tak pe, dia akan buat salinan.
Selesai semua sign, cop jari, fotostat, kira duit maka selesai lah urusan buka akaun simpana untuk Anas. Hubby asyik whatsapp tanya dapat tabung tak. Heheheh.. Kami memang suka barang free. Saya pulak malu nak tanya. Masa nak balik, officer tu pulangkan Mykas, Mykid, surat beranak, buku akaun dan hadiah.Yeaaayyy.. Hahahaha.. Mak yang seronok.
Tabung dan beg
Tunggu raya nak masukkan lagi duit, nak tengok dapat apa pula ^__^
No comments:
Post a Comment
Thanks :)