Assalamualaikum dan salam sejahtera
Masih ingat entry INI? Saya yang dalam dilema nak hantar Anas ke taska A atau B. Ye, saya dah mula bekerja. Entry ini ditulis ketika weekend lepas dan ketika itu saya baru 2 hari bekerja. Anas kini di jaga oleh mak saya ketika saya bekerja. Camna pula boleh mak saya yang jaga? Jujur cakap saya tak mahu menyusahkan mak saya menjaga Anas. Dulu dia dah susah payah jaga anak-anak, bila anak dah besar, biar la dia berehat bukannya menjaga cucu. Alhamdulillah mak masih sihat. Bila kami ke sana mak selalu tanya siapa akan jaga Anas nanti, dan kami jawab jujur nak hantar Anas ke taska. Masa itu saya belum tengok keadaan Taska B seperti yang saya cerita di entry tersebut.
Satu hari tu saya berbual dengan adik dan ceritakan keadaan Taska B. Mak yang kebetulan ada sama dan adik memang terkejut. Seminggu sebelum kerja saya dah buat keputusan untuk hantar Anas ke Taska A dan minta hubby bayar yuran pendaftaran. Akan hantar Anas hari Rabu, Khamis dan Jumaat (29,30,31 hb) dengan bayaran RM20/day. Hari Isnin, mak tanya lagi nanti sapa nak jaga Anas dan saya beritahu tempat yang nak hantar. Mak minta nak jaga Anas, saya tanya hubby, hubby suruh saya buat keputusan. Discuss dengan hubby, fikir tentang keselamatan Anas dan kebimbangan saya keadaan di Taska, saya setuju bagi mak saya jaga.
Saya mula kerja hari khamis, Rabu hantar half day kat mak sebab nak selesai urusan bank dan klinik untuk Anas cucuk nanti. Hari khamis bermula la kehidupan baru saya sebagai ibu bekerjaya. Bangun 5 pagi, 6 pagi dah keluar runah hantar Anas ke rumah mak. Alhamdulillah, Alah mudahkan urusan saya.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)