Tuesday, June 18, 2013

Check Up Anas Syauqi 3 months

Post ni lewat 2 minggu dari date Anas check up. Saya yang suber buzy dan letih. Kali ni kena pergi Klinik Kesihatan masa cucuk Anas sebulan. Nak cerita pasal klinik ni saya pun pening. Kejap kena campak sana, campak sini.Yang pastinya nak bawa anak cucuk kena ikut alamat rumah penjaga, senang cerita. Check uo kali ni hubby tak dapat ikut. Saya bawa mak saya untuk pegang Anas dalam kereta. Walau ada car seat, Anas pantang nampak saya nak ngempeng je. Hasil check up 3 bulan

Berat : 5 kg
Panjang : 59 cm
BMI : 14.3
Ukur lilit kepala : 38

Lepas interview dengan JM tentang minum susu apa, dan perkembangan apa terus ke bilik untuk injection Anas. Kali ni cucuk dapat ubat demam. JM suruh siap-siap bagi balik nanti. Anas nangis kejap je. Kejap je setel semua, balik rumah mak dan kami berdua balik umah. First timee berdua dengan Anas. Anas asyik menangis je. Waktu tidur dia sebenarnya. Perjalanan yang patutnya 20 minit jadi 90 minit. Haaaai la anak!

Perkembangan Anas Syauqi 3 bulan

Masih breastfeeding. Alhamdulillah
Suka masukkan jari dalam mulut. Bukan 1 jari tapi 5 jari.
Suka main air liur, baju basah je.
Dah meniarap tapi kadang-kadang je. Meniarap bila mamun nak tidur. Masa jaga tak pernah nak meniarap pun. First meniarap 17/5/2013.
Bila dukung kepala pusing merata.
Suka buat perangai bila mama dia pegang. Kalau ayah pegang senyap je.
Bila kuar jalan, tak nak tidur walaupun tu masa tidur dia. Suka memerhati sekeliling. Dah ngantuk sangat mula la cranky.
Dah mengeluarkan macam-macam bunyi. Paling banyak sebut ''Aaa..gekkk'' Hahahah.. entah apa la maksudnya.
Suka angkat kaki tinggi-tinggi sambil menendang-nendang
Bila letak kat playgym, marah bila tak dapat capai benda gantung-gantung

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...