Thursday, June 20, 2013

Fridge rosak dan EBM

Jumaat lepas, sampai je rumah lepas ambil Anas dari rumah mak, saya kemas fridge. Tujuan nak pecahkan ais-ais yang membeku bahagian frozen tu. Dah tebal dan amik space nak simpan EBM. Saya pindahkan frozen EBM ke cool box dan cooler bag. Then start la cungkil ais keliling tu guna sudip. Hubby datang tolong, dia suruh saya tengok Anas. Lepas 10 minit hubby datang inform yang fridge rosak. Rupanya hubby cungkil ais guna pisau dan tercucuk bahagian mana ntah yang sebabkan gas bocor. Gas keluar non stop dari fridge.

Saya risau kan EBM je. Memang la tak banyak tapi tu untuk Anas dan masih cukup hingga hari ini. Saya call mak cakap nak tumpang fridge. Hubby call kedai elektrik yang kami biasa beli barang order fridge baru dan minta hantar malam tu juga. Dasyat tul, macam banyak je duit kat tangan. Hehehe.. Hubby panik sebenarnya. Dah hubby panik, saya kena la cool. Saya minta dia call balik kedai letrik tu cancel order, biar kami pergi tengok dulu fridge baru hantar. Hubby main order je, Tak tanya brand, berapa liter, berapa pintu. Dia cakap nak paling murah.

Minta hubby pergi beli ais untuk elak EBM dari cair. Kami tak de bekas nak simpan semua frozen dan chilled EBM. Hubby letak dalam baldi dan tutup guna tudung periuk. Lawak tul. Terus gerak ke kedai letrik tu, pilih-pilih fridge. Tak banyak pilihan pun. Saya nak yang 2 pintu. Yang rosak tu 1 pintu. Cash dekat kami tak sampai RM500. Fridge tu price RM799. Esok dah Sabtu, then Ahad. Duit saya semua dalam ASB. Isnin baru leh kuar. Nasib baik tokey kedai terima RM500 je dulu dan fridge dia hantar terus ke rumah kami. Baki esoknya baru kami bayar.

Patah balik rumah, hubby nak ubah fridge lama. Saya tunggu dalam kereta, Anas dah tidur then nak ke rumah mak untuk hantar EBM. Tokey kedai suruh biar dulu fridge baru tu semalaman. Esok pagi baru ON switch. Dia cakap tak nak bagi motor rosak. Settle fridge baru, gerak ke rumah mak. Sesi simpan EBM dalam fridge mak pulak. Habis ikan rumah mak kena keluar. Nasib la fridge rumah mak besar. Tengah malam jugak la baru kami sampai rumah. Memang dua-dua letih. Hubby tertidur depan tv. Saya lepas makan terus bawa masuk Anas tidur. Alhamdulillah Anas pun tak meragam malam tu.

Esoknya lepas settle full payment fridge, pergi semula rumah mak collect EBM. Weekend yang panjang untuk kami berdua. Alhamdulillah EBM berjaya di selamatkan.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...