Monday, July 8, 2013

Tips Hadiah untuk newborn

Lepas dah ada anak ni baru saya tahu hadiah untuk newborn harus la bersesuaian. Macam dulu, before ada anak, setiap kali melawat kawan yang baru bersalin saya akan beli hamper yang siap ada jual kat kedai baby tu. Kalau tak sempat beli main redah je g  melawat, duit pun tak hulur. Saya tak tahu pun kalau tak bawa hadiah kena hulur duit. Sekarang baru rasa malu +_+ Sebenarnya tu budaya je bagi duit dan hadiah. Kalau tak bagi pun dan sekadar melawat pun dah tak pe. Macam saya, masa berpantang, tak kisah pun mana yang datang melawat tak bawa hadiah atau huur duit. Bagi saya mereka meluangkan masa untuk melawat, bertanya khabar pun dah memadai. Berbalik pada tajuk entry, berdasarkan pengalaman saya ni antara hadiah yang berguna kepada mommy untuk anaknya.

Baby gift set

Ini antara hadiah yang popular. Dalam box ada baju, seluar, mitten, booties, bonnet. Yang bagusnya tak yah pening-pening pilih, bungkus balut dan murah. Yang tak bagusnya biasanya size newborn. Memang tak lama pakai. Tambah kalau baby bam bam. Mak ayah baby mesti dah ada beli baju newborn + yang orang bagi kejap je pakainya. Kalau nak beli make sure beli yang size besar sikit, 6 month ke.

Baby hamper

Ini juga antara yang popular. Macam-macam versi ada. Baju, toiletteries, mainan. Ini  kalau bagi memang berguna untuk ibu bapa baby tapi mungkin tak kena dengan selera mereka, Contoh mandian dapat Anakku, parents mungkin suka Johnson, tak pun kulit baby sensitif dan tak leh guna yang kita beri.

Diaper Bag

Bagi saya, ini memang amat berguna. Bila keluar pergi memana sumbat je keperluan baby diapers, susu, kain baju. Siap disediakan changing mat. Price RM59.90. Mungkin ada yang lebih murah atau mahal.

Playgym
Ini juga berbaloi sebab nak beli mahal dan bukan keperluan. Letak je baby bawah tu dan baby akan ralit tengok mainan gantung-gantung dan boleh buat kerja lain. Tapi make sure baby cukup tidur dan susu. Saya survey, plsygym ni price paling murah RM59.90

Diapers

Hadiah ni praktikal dan unik tapi memang berguna. Saya tak de dapat lak tapi kalau fikir-fikir, newborn banyak tukar diaper, memang berguna la kan kalau beli bagi hadiah. Keburukannya kalau baby yang tak sensitif punggung nya belasah je jenama pe pun, tapi kalau sensitif kena cari yang sesuai.


Botol
 
Set botol susu, boleh jugak nak bagi cuma kalau baby memilih puting susah sikit la. Kalau beli cam set Avent yang atas ni memang cukup lengkap dah untuk newborn tapi mahal sikit.

Feeding set

Saya dapat ni dalam hamper sekali ngan baju. Rasa macam berguna nanti.

Itu lah beberapa hadiah yang saya rasa sesuai untuk di beli. Semuanya bergantung kepada bajet. Ada bajet lebih macam-macam lagi boleh beli stroller, carrier, rocker. Bagi duit pun dah ok, boleh parent simpan untuk kegunaan akan datang.

2 pendapat:

aelisya jaszmine said...

thank you sangat membantu sis.

MizA said...

alhamdulillah :)

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...