Friday, September 6, 2013

Anas Syauqi First solid food

1 September 2013, Anas Syauqi cukup 6 bulan. Dah kena start makan solid food. Disebabkan 1 September jatuh hari ahad, saya injak satu hari awal iaitu 31 Ogos. Sebab saya cuti sabtu dan ahad, leh la pantau reaction Anas dengan solid food. Tapi tak rasa la akan berlaku allergic since saya mula dengan buah dulu. Sebenarnya masa dengan anas hanya lah weekend. Weekday Anas dengan tok nya. Huhuhu..

Beberapa bulan sebelum Anas menginjak 6 bulan saya dah jenguk-jenguk group kat FB, study tentang solid food. Tak yah la cerita pasal umur berapa bulan kena makan apa dan bla bla. Bersepah-sepah dah orang buat entry tu. Saya merujuk chart seperti di bawah ini. Plan nak mula dengan epal. Pastu nak beli body blender. Saya tak rasa nak beli blender khas macam yang lain-lain beli sebab mahal dan nak pakai kejap je. Baby makan yang halus-halus beberapa bulan je. Lagipun saya tak boleh nak buat stok puree. Fridge penuh. Memang tak de ruang dah.
Pendek cerita body blender tak beli lagi dan buah epal pun tak beli. Pagi hari merdeka tu rasa macam tak boleh nak bagi anas start lagi sebab tak de menda nak bagi. Tak pe lah, esoknya baru mula (1 September) sempat la kuar beli buah epal petang tu. Masa tengah kemas dapur nampak 3 kotak kurma dapat masa Ramadhan lepas. Terus google tengok baby 6 bulan sesuai tak puree kurma. Ting! sesuai dan terus baca cara nak buat puree kurma. Maka tak jadi bagi Anas makan epal, mula dengan kurma dulu, makanan sunnah Nabi kan. Ada la hikmahnya.

  • Ambil beberapa biji kurma. Saya ambil 14 biji untuk stok 4 hari.
  • Buang kulit luar dan biji
  • Stim kurma (tak de gambar stim, saya pakai manual je. Stim atas dapur gas)
  • Dah lembut saya lenyek je (dah tak de blender kan)
  • Sudah lenyek, tapis
  • Gambar kedua hasil setelah tapis
  • Campur EBM yang di panaskan
Hari pertama sikit je Anas makan. Baru nak belajar rasa benda baru. Hari kedua dia makan lebih sikit dari first day tapi stil tak habis. Saya sukat 1 sudu teh puree + EBM. Bagi air masak juga masa makan ni. Saya nak guna 4 days rule. Harap Anas tak de alahan.



No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...