Dah 3 bulan ++ kot bekerja selepas 3 bulan cuti confinement tapi baru nak story kisah ini. Alhamdulillah, saya sudah dapat membiasakan diri dengan rutin harian saya. Perkongsian tentang rutin harian saya ini hanya sebagai rujukan saya nanti di masa akan datang, sebagai kenangan catatan hidup saya dan mungkin juga boleh di jadikan rujukan kepada pembaca blog saya (jika ada). Terima kasih.
5.00 pagi - Bangun tidur, Pumping, Masukkan EBM untuk ke rumah mak
5.30 pagi - Mandi, solat, buat air untuk hubby dan saya
6.00 pagi - Kejut hubby, tukar diapers Anas, BF (kalau Anas bangun), kemas rumah
6.30 pagi - Hubby drive ke rumah mak gerak ke hospital
7.00 pagi - Sampai hospital, Hubby bawa motor ke USM (tempat kerja hubby)
7.30 - 5 petang - Kerja. Pump 11 pagi, 1 petang, 4 petang. Kadang 2 kali je.
5 petang - Saya drive pulang rumah kami, cairkan frozen EBM, masukkan chilled EBM dalam untuk stok susu Anas esok, kemas rumah, mandi, pump kalau tak sempat pump di tempat kerja.
5.45 petang - Drive ke hospital, tunggu hubby balik dari tempat kerja.
6.15 petang - Hubby sampai dan drive ke rumah mak saya.
8.00 malam - Gerak pulang rumah kami lepas solat maghrib.
8.30 malam - Mandi / lap badan Anas / tukar baju, Frozen EBM yang dah cair masuk dalam botol, basuh botol-botol yang guna di rumah mak, Sterile semua botol, pump, Kemas beg baju anas untuk esok hari.
10.30 malam - tidur
Ini secara general, biasanya macam ni la flow saya hari-hari. Time tu berubah la sikit. Aktiviti malam kadang-kadang hubby settle Anas dan saya move on dengan EBM, beg baju vice versa. Waktu tidur bergantung pada Anas. Kalau Anas ok, awal la kami tidur. Kalau dia cranky, nak main, tak nak tidur, saya akan settle semua kerja, hubby layan dia. Dah settle kerja rumah saya layan Anas dan hubby akan buat kerja dia atau sudahkan kerja rumah mana yang saya tak sempat buat. Kalau anas tak nak tidur juga, saya akan tidur dulu dan hubby layan Anas, tidurkan Anas lepas saya BF. Lepas tu tukar syif la kami berdua. Hubby tidur, saya pulak take turn jaga Anas. Biasa nya hubby yang banyak berjaga. Saya yang tidur. Ngeee.. I love you Hubby
No comments:
Post a Comment
Thanks :)