Monday, September 23, 2013

Puree epal

Salam..
Anas dah start semi solid food dan saya memang sedia puree buah je dan mengikut 4 days rule (kadang-kadang 3 days je). Mula dengan kurma seperti saya cerita di ENTRY INI, kemudian pisang, epal dan sekarang betik. Kurma dan pisang Anas lulus, tiada sembelit, cirit birit, alahan tapi masa epal timbul masalah. Emak yang bagi Anas puree epal. Hari pertama emak cakap Anas makan sikit dan cirit 3 kali. Saya tak rasa berpunca dari epal. Mungkin dari puree kurma + pisang yang makan sehari sebelum itu.Balik rumah saya rasa puree epal tu, just nice. Tak masam atau manis.

Hari kedua, saya minta emak teruskan bagi epal. Petang masa nak ambil Anas, saya perasan naik merah-merah di kaki Anas. Mungkin allergic atau nappy rash atau skin infection. Mak komen Anas makan sikit je tapi tak de cirit dah. Saya tak nak ambil risiko sebab weekdays saya bekerja dan susah nak cuti, saya stop epal dan mula dengan betik. Alhamdulillah, ketika entry ini di tulis, Anas dah lepas betik 3 hari. Hari keempat saya gabung kurma + betik + epal. Sejam lepas makan 3 buah tu, Anas terus poo poo. Huhu. Harap tak cirit. Kalau cirit memang epal la penyebabnya.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...