Monday, October 14, 2013

Anas jatuh katil dan perkembangan terkini

Minggu lepas masa weekend Anas jatuh katil. Kisahnya mama ngan ayah tidur lena, Anas bangun tak sedar. Dia panjat badan ayah dia terjun katil. Saya terkejut bangun sebab dengan hubby jerit. Hubby cakap nampak Anas terbaring di lantai depang tangan dan menangis. Hubby dukung pas Anas kat saya, pujuk-pujuk dalam 5 minit stop nangis dan kembali aktif. Pipi belah kanan lebam. Hubby ada jugak ajak pergi hospital, saya mintak tunggu dulu. Nak monitor sendiri je dulu. So far Anas tak muntah, tak de bengkak, benjol mana-mana, menyusu macam biasa dan aktif.

Tak nampak sangat lebam
Sepanjang Anas berusia 7 bulan ni memang dia sangat lasak dan aktif. Memang semput dah rasa. Asyik kena marah je. Sian dia. Bila fikir-fikir balik bagus la dia aktif, tu tanda Anas tengah membesar dan menjalani kehidupan yang normal. Sepanjang 7 bulan ni
  • Dah merangkak 3,4 langkah (betul ke langkah?) tetapi di atas toto, tilam je. Atas lantai tak nak merangkak, licin kot.
  • Bangun berdiri dengan berpaut pada badan, lutut sesiapa je.
  • Posisi merangkak dan terus duduk dengan sendiri.
  • Suka lepas tangan bila berdiri, duduk then jatuh ke belakang.
  • Mulut tu bercakap je dalam bahasa yang dia sendiri paham
  • Suka kalau keluar berjalan-jalan, sanggup tahan mata tak tidur, lepas tu masuk kereta terus bebai
  • Dah paham kalau orang marah dia terus menangis, atau cebik buat muka nak nangis
  • Masih nak masukkan semua barang di tangan dalam mulut

2 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...