Thursday, October 10, 2013

Review Novel : Kasihku Arina

Sebenarnya saya tak tahu nak mula dari mana untuk review novel ni. Mula-mula baca okay, boleh diterima tapi bila dah masuk bab demi bab saya makin pening. Hendak teruskan pembacaan kena kosongkan minda, sebab cerita ini umpama kita berada di dunia fantas. Saya pening dengan pelbagai nama watak yang pelik dan plot cerita yang sekejap dunia kini, sekejap imbasan especially masa Arina nak pulih semula ingatannya. Saya tak rasa saya akan ulang membaca semula novel ini.

Review

Arina salah seorang dari lima pahlawan orkid dari Dratusia. Masa kecil dia diculik oleh Raja Kreuk pemerintah Lembah Hitam dan dilatih untuk menjadi pembunuh. Semasa misi membunuh, Arina bertemu dengan keluarganya dan dia ditembak. Ibu nya menghantar Arina ke bumi dan dipelihara oleh En Fahrin dengan mengunci ingatannya berkenaan masa lampaunya. En Fahrin juga di amanahkan untuk menjaga kunci orkid yang sangat bernilai di Dratusia. Raja Kreuk berusaha mencari kunci orkid dan sekaligus menemui Arina yang disangkakan telah mati. Nyawa Arina dalam bahaya dan pahlawan orkid membawa Arina pulang ke Dratusia dan mengembalikan semula ingatannya. Bila ingatannya dah pulih dia membantu pahlawan Orkid yang lain untuk membunuh Raja Kreuk.

Erk.. macam pendek je review. Ada lagi la kisah dalam tu, Kisah percintaan Arina, Arina bunuh orang yang di cintainya. Kisah ibu dan abang Arina. Saya belum habiskan lagi pembacaan. Dekat nak habis dah, dan dah boleh agak apa akan jadi ending tu yang dah buat review.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...