Monday, October 7, 2013

Bengkel 3B (Birth, Breastfeeding & Babywearing)

Salam..
28 September lepas saya menghadiri Bengkel 3B (Birth, Breastfeeding & Babywearing) anjuran Kumpulan Pembimbing Ibu Menyusu Utara Malaysia. Bengkel bermula jam 9 pagi dan berakhir Jam 1 petang.  Kursus ni pendek je dan apa yang di sampaikan tidak menyeluruh. Kalau nak detail mau seminggu tak habis.Saya ringkaskan sedikit info yang saya dapat dari bengkel ini.

Topik 1 - Kaedah atasi sakit bersalin selain ubatan adalah dengan relaks, bertenang, banyak berjalan-jalan. Teknik pernafasan juga di ajar.

Topik 2 - Penggunaan babywearing untuk menggendong newborn haruslah tepat. Ditunjukkan anatomi newborn dan penggunaan babywearing yang selamat supaya tulang belakang newborn tidak tercedera.

Topik 3 & 4 - Berkenaan BF, mula BF sebaik sahaja bayi lahir, jangan di buat stok susu terlalu awal, skin to skin untuk kejutkan bayi supaya BF

Alhamdulillah, banyak ilmu di peroleh dari bengkel ini. New mommy yang tengah menunggu zuriat pertama memang sangat elok hadir.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...