Monday, November 4, 2013

AnS Holiday - Birthday Celebration - Cameron Trip - Part 1

Salam..
Birthday saya 24Okt, jatuh pada hari Khamis dan saya saja yang dapat cuti. Cuti hubby pula hanya bermula pada 25Okt. Kami plan ke Cameron Highlands 2 hari 1 malam. Hotel di booking pada awal Oktober. Kebetulan hubby dapat voucher, contact agent bla bla bla kami cuma bayar harga lain2 cas + steambot dinner yang harga kurang dari RM100. Alhamdulillah rezeki kami. Kami stay di Hotel Rosa Passadena.

25 Oktober, Jumaat
Kami bertolak lebih kurang 7.30 pagi. Anas belum bangun, tukar baju, diapers terus angkat masuk kereta. Saya bawa bekal bihun goreng singapore dan bubur untu Anas. Berhenti isi minyak di Bukit Merah, suap Anas makan, mak ayah pun makan bekal. Teruskan perjalanan, lebih kurang 11 pagi sampai dah Cameron Highland. Belum masuk bandar, jumpa kedai tepi jalan, berhenti jap nak ke tandas dan makan sekali. Saya masih kenyang, hubby order nasi goreng dan saya makan Kimchan goreng. RM2 je. Yang lain-lain, brokoli, cendawan goreng pun ada. Ubi dan jagung madu rebus pun ada.

11.45am - Singgah Avant Chocolate & Green view garden. Banyak coklat jual kat  situ. Untuk souvenir dalam hamper bersama teddy bear pun ada. Jem pun ada. Saya beli 4 box coklat, RM10 perasa mint, strawberry dan dark choc. Dah makan buka tengok dalam sekotak ada 5 paket kecik je lebih kurang size 1 inci. Tak berbaloi. Ada restoran juga yang hidang desert berasaskan strawberi. Harga sederhana je. Dekat garden tengah renovate. Laluan terhalang sikit. Tak banyak benda boleh explore kat sini. Untuk shoot picture ok la. Lavender garden di tutup. Toilet banyak. Kena bayar 20sen tapi takde yang tunggu pun, maka masuk je la. Tak bayar. Saya dah mula rasa tak selesa perut.

Antara desert di Avant Chocolate

12.30n - Next destinasi Cameron Valley Tea. Orang tak ramai, best. Udara pun suam-suam je sejuk. Kami tak pakai sweater pun. Anas je bagi pakai legging dan rompers tangan pendek. Hubby order Honey lemon tea, RM5.50. Sedap. Kejap je kami kat sini. Perut saya masih rasa tak selesa.


1.45pm - Hubby call hotel tanya time untuk check in. Ingat nak teruskan perjalanan ke tempat yang kami jumpa sebelum masuk Brinchang tapi Anas belum mandi dan dia pun dan macam mama dia yang tak selesa perut. Check in hotel 2.30pm, kami mandi, solat dan gerak keluar ke tempat lain pulak.


4.00pm - Sampai Ladang teh BOH Sungai Palas, tempat yang memang saya nak pergi sangat-sangat. Pemandangan sangat cantik. Angin sejuk-sejuk. Tak ramai sangat orang tapi port yang cantik untuk shoot picture confirm la ada orang kan. Berdiri la kami nak pilih port nak lepak. Pilih la meja belakang-belakang tu.
Saya pergi beli makan, sampai kat meja tengok port yang best tu dah tak de orang, cepat-cepat letak tray kat situ. Hehe.. Dah duduk situ memang sentiasa ada gangguan la dari tourist yang nak shoot. Nasib la kami bertiga je, duduk hujung-hujung tak nak ganggu lain-lain tu shoot. Ada juga rombingan sekolah, memang meriah la kat situ. Anas bad mood, mungkin sebab perut tak selesa. Asal shoot picture bertiga je mesti tak jadi. Saya beli mushroom soup + Passion fruit tea = RM8.50. Sebenarnya nak try makan scones. Saya baca review ramai cakap scones dekat sini sedap. Masa nak order, saya tengok menu tak jumpa pun nama scones. Makanan yang display pun tak de nama scones. OK, saya tak tahu rupa scones macam mana. Masa nak order saya cakap la nak scones, cashier cakap kat depan yang bentuk 3 segi. Yang saya jumpa kat depan bentuk 3 segi sandwich saja ok. Untuk mengelakkan rasa malu, saya order mushroom soup. Hahahaha.. Terlepas peluang nak melantak scones. Saya masih mengalami masalah perut.


6pm - Nak balik hotel singgah Pasar malam Brinchang. Hotel kami dan Pasar malam dekat je. Tapi kalau jalan kaki memang tak sanggup. Sasaran ke pasar malam nak beli yang goreng-goreng dan strawberi coklat. Masa nak beli Kimchan, hubby cakap ntah-ntah sebab makan kimchan saya dan Anas sakit perut. Sebabnya itu je makanan yang saya sorang makan. Makanan lain, hubby pun makan dan dia tak sakit perut macam saya. Mungkin jugak kan. Tak jadi beli Kimchan, beli sotong dan udang celup tepung je. 1 bekas polistrene, RM5. Benda goreng-goreng sebekas RM5. Strawberri, marshmallow celup coklat, 1 cucuk (3biji) RM2, 3 cucuk RM5. Dah jalan sampai hujung jumpa 4 cucuk RM5. Saya survey harga juga kat sini untuk barang nak borong kat Kea Farm esok. Strawberi 4 pack sedang + 2 pack kecik = RM10. Saya terpedaya dengan pujukan Aunty tu borong strawberry 1 tray RM30. Total 1 tray lebih kurang 6 pack besar. Jangan beli fridge magnet, keychain dekat sini, mahal. Boleh dapat lagi murah di Kea Farm. Kalau nak beli makanan yang nak makan malam tu atau esok boleh la beli.

8.00pm - Lepas mandi, solat turun cafe hotel untuk steambot yang memang kami dah booking awal. Mula-mula tengok makanan yang di beri tu, cakap kat hubby mesti kena keluar makan nasi. Saya belum makan nasi lagi sepanjang hari ini dan makanan yang di beri tak de nasi. Dihidang bersama chinese hot tea. Kami makan gilir-gilir, Anas buat perangai. Hubby order fresh orange. Sedap, RM5.50.

9.30pm - Kami kekenyangan. Tak jadi keluar makan nasi dan sotong, udang yang beli kat pasar malam pun belum makan lagi.

Untuk yang hari seterusnya next entry la..

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...