Thursday, November 7, 2013

My birthday present

Salam..
Pada yang mengikut blog saya mesti tahu keinginan saya yang satu iaitu BEAN BAG seperti di entry INI. Lama dah nak benda alah tu. Saya join program Birthday Gift di group KIB, person yang incharge (PIC) tanya saya nak hadiah apa untuk birthday. Mula-mula saya request cadar + comforter sebab setahu saya hadiah tak boleh melebihi RM100. Malangnya, page yang menjual tu 'hidup segan mati tak mahu', tak bagi respon. PIC inform saya dan minta saya cari barang lain. Masa tu tinggal lagi 4 hari sebelum birthday saya. Tetiba teringat bean bag. Saya search dan google sana sini cari page yang jual malangnya semua harga lebih dari RM100. Inform PIC, katanya kalau lebih dari tu kena tambah duit sendiri. Saya pun okay je.

Terjumpa page ini tengah buat promotion Polyester Bean Bag = RM147 + RM20 (postage). Lepas whatsapp tanya info serba sedikit dan terus decide nak beli. Saya tambah RM67 dari total harga. Payment 29oktober dan 31oktober barang sampai. Sangat pantas. Saya puas hati dengan servis, harga, warna dan materialnya. Perasaan saya? Happy, teruja, barang idaman dah dapat.


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...