Friday, November 22, 2013

Check Up Anas Syauqi 8 bulan

Salam..
Minggu kedua November check up Anas untuk 8 bulan. Macam biasa, saya pilih untuk ke klinik petang. 30 minit menunggu, nama di panggil oleh student nurse untuk timbang. Lepas timbang berat, ukur panjang dan ukur lilit kepala kena masuk bilik 2 untuk penilaian perkembangan. Lepas tu balik. Datang semula Januari untuk check up seterusnya. Hasil dari check up kali ini :-

Berat : 7.6kg (naik dari 6.8kg TCA lepas, normal)
Panjang : 67cm (statik, normal)
BMI : 16.9 (normal)
Lilitan kepala : 43cm (statik, normal)

Alhamdulillah, perkembangan Anas semuanya normal mengikut umurnya.
  • Dapat mengawal kepala
  • Duduk tanpa bantuan
  • Meniarap, telentang, merangkak
  • Cuba mencapai sesuatu
  • Menentu arah bunyi
  • Bertutur ba ba
  • Mengenggam benda
  • Senyum, ketawa
Di usia 8 bulan 12 hari, Anas masih fully BF. Saya di nasihatkan untuk memberi makan 5 kali sehari dan menambah minyak untuk sumber lemak dan tenaga dalam makanan Anas sebab dia makin aktif tapi saya pilih untuk tumis makanan Anas guna unsalted butter. Baru saja perkenalkan ayam sebagai sumber protein. Walau apa yang saya beri kepada Anas tak sama dengan apa yang saya belajar di Kolej dahulu, saya hanya mahu yang terbaik kepada anak saya. Biar apa orang luar nak kata kepada saya, saya sebagai mak akan tentukan apa yang akan saya suap kepada anak saya. Saya percaya, ibu-ibu lain juga begitu, mahu yang terbaik untuk anak mereka walau banyak kata-kata dari orang sekeliling, abaikan saja.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...