Monday, December 30, 2013

Baby & Kidz Fair 2013

Salam..
Walau dah berbulan kejadian nak catat juga di sini. Untuk rujukan saya di masa akan datang. Saya pergi hari Jumaat. Best sebab tak sesak, boleh je lepak lama-lama, nak bayar tak yah sesak-sesak, nak ambil goodie bag pun tak beratur panjang. Kali ni pergi mak dan mak teh saya ikut. Banyak juga booth tapi brand yang popular tak banyak sangat. Letih jalan-jalan, lepak depan stage, biar Anas main dekat playmat depan stage. Ada promoter event datang invite Anas Syauqi untuk masuk competition 'Baby Race'. Actually untuk baby girl tapi sebab takde participant Anas boleh je join. Ada 4 je contestant. Anas dapat no 3. Hadiahnya (gambar kat bawah) rompers dan socks pinkish sebab contest ni untuk girl, kami bagi hadiah tu dekat anak sedara saya.

Kemudian, hubby register nama kami berdua untuk participate 'Baby food contest'. Kami kalah... Hahahaha.. Saja suka-suka masuk. Kami laki bini kena suap makanan baby ke pasangan masing-masing dengan mata bertutup. Makanan tu memang tak sedap. Suapan pertama, saya terus rasa nak muntah. Sudahnya, hubby je yang habiskan. Dapat tempat second last, dapat gak hadiah. Semua yang masuk dapat hadiah. Hadiahnya hamper makanan baby yang kami makan tu. Saya bagi kat mak cik saya hadiah tu.

Kesimpulan kali ni punya Baby & Kidz fair really enjoy. Kalau lebih banyak brand yang take part lebih best kot. Hasil rembatan kali ini (t-shirt je yang snap gambar, lain-lain lupa nak snap)
Diapex Premium 4 pack = RM100
Avent 3x9oz feeding bottle = RM69.00
T-shirt 6 helai = RM60
Atas hasil dari goodie bag 

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...