Salam..
Hari ini hari terakhir di tahun 2013, hanya tinggal beberapa jam untuk mela ngkah ke tahun baru. Ramai yang memperkatakan tentang azam 2013 samaada telah tercapai atau tidak. Rasanya dah lama saya tidak meletakkan azam baru di awal tahun. Yang saya amalkan, jika saya hendakkan sesuatu akan terus saya usahakan dan cuba capai. Saya tak letakkan sasaran perlu capai sesuatu itu di penghujung tahun. Saya selesa dengan cara saya. Cuma sekarang saya sangat inginkan sebuah rumah dan kereta idaman saya. InsyaAllah akan cuba usahakan.
Terbaik 2013
Kelahiran Anas Syauqi 1.3.13
Kes kemalanngan selesai dibicarakan
Holiday merata-rata - Bukit Tinggi, Cameron Highland, Bukit Merah, KL, Perlis, Taiping,Parit Buntar (kampung in law pon nak kira holiday ke?)
Buat dua photoshoot. Maternity cum 2nd anniversary dan newborn photoshoot
Banyak hutang dapat di langsaikan
Duka 2013
Kematian dua bapa saudara yang agak rapat dengan keluarga saya. 21/7/13 & 21.12.13
Handphone saya hilang akibat kecuaian saya
Motor hubby kena curi di parking tempat kerja saya
Rasanya itu sahaja yang saya ingat. Walaupun banyak yang saya lalui pada 2013, Alhamdulillah dapat lalui semuanya terutamanya pengalaman pertama berpantang dan menjadi ibu sangat mencabar. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang saya rasa. Sungguh saya rasa saya sangat down dengan sangat banyak benda baru yang saya lalui tempoh itu. Semuanya datang serentak. Bersyukur sangat-sangat Allah tetapkan pendirian saya dan bantu saya lalui semuanya hingga ke akhirnya.
Sesungguhnya apa yang saya belajar pada 2013, bukan senang nak menjaga hati semua orang. Kadangkala kerana terlalu nak menjaga hati, hati kita sendiri yang terluka.
Moga 2014, saya menjadi lebih sabar, tenang dalam menghadapi setiap cabaran. Saya gembira dengan keluarga kecil saya ini ^___~
No comments:
Post a Comment
Thanks :)