Saya dan hubby bercuti. Kami plan nak jalan-jalan cari makan, terpengaruh dengan rancangan JJCM last week yang tunjuk tempat makan sedap di Perlis. Plan nak pergi balik hari yang sama. Kalau tak larat baru cari hotel. Dalam 9 pagi gerak dari rumah (Bukit Mertajam). Destinasi pertama Anjung Keli. Saya memang peminat keli. Dalam perjalan Anas tidur je. Sedap kena aircond ngan peluk kot. Bagusla, kalau dia meragam lagi jenuh.
Dalam 1 petang sampai sana. Alhamdulillah, tak sesat. Guna GPS handphone je Sangat ramai orang di sini. Kedai memang luas. Banyak kerusi meja. Di dalam kedai dan ada khemah di luar kedai. Parking pun di sediakan. Saya g cari tempat duduk. Kebetulan ada family dah sudah makan. Terus ke meja tu duduk. Selain saya ada lagi yang tuju ke meja tu. Nasib saya lebih cepat. Tengok meja lain, belum bangun, tengah hirup air pun orang dah berdiri sebelah meja nak booking duduk.
Menu makan banyak tapi juadah keli tu tak seperti yang diceritakan dalam JJCM. Pelbagai hidangan keli tapi masa saya pergi yang ada keli bakar, keli goreng, keli masak pedas. Lain-lain ayam ikan sayur sama macam kedai makan lain. Mungkin juadah lain-lain seperti dalam JJCM dah habis kot. Habis makan, bayar. Hubby cakap mahal. Menu yang saya ambil sedap.
Kemudian ke Padang Besar. Solat zohor di sana. Nak wudhu dalam toilet, kena bayar 40 sen. Pakej buang air dan wudhu. T__T Parking kena beli kupon 1 buku harga RM2. 1 buku ada 5 keping. 1 keping leh guna untuk 1 jam. Nama je guna kupon, nak cari parking jenuh memusing. Setelah 3 pusingan baru dapat parking. Lepas solat terus jalan-jalan. Selepas 2 jam, hasil belian kami - tshirt untuk hubby, fridge magnet, Peppero, asam, kacang.
Destinasi seterusnya nak mencari Restoran Kak Su Laksa. Malangnya, bila sampai depan kedai tutup. Rupanya memang tutup setiap selasa. Tak de rezeki kami. Ingat nak terus ke Chortiezzz Cafe tapi bila tengok di map macam jauh lak. Sudahnya kami singgah makan di food court sekitar jeti Kuala Perlis.
Kami makan di kedai yang signboard blkg tu |
Menu kami nasi putih, sikap stim limau, siakap 3 rasa, (ikan sekor tapi masak 2 jenis), butter prawn (sangat sedap). Total harga RM52 sekali minuman. Lepas makan, tengok sunset, solat maghrib di masjid Kuala Perlis (cantik, selesa) kemudian balik.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)