Monday, February 3, 2014

3rd anniversary

Salam..
1/1/14 ulangtahun perkahwinan kami yang ke3 (masuk bulan 2 baru gigih buat entri). Tiada percutian atau photoshoot seperti sebelum ini tapi takkan nak duduk dalam rumah je kan. Tambah pulak cuti. Maka kami ke Pulau Pinang saja. Melawat 3D muzium atau nama lain Made in Penang interactive museum. Nama saja tinggal di Penang tapi berkali-kali pusing mencari muzium ini. Ikut GPS, hala ke muzium lain. Stop tanya beberapa orang baru sampai. Rupanya depan mata je tapi tak de sign board. Banner yang ada memang tak membantu. Bangunan tepi jalan je. Nak parking kena cari sendiri tempat sekitarnya. Tepi jalan memang tak boleh park.

Hari tu public holiday pula, memang penuh la manusia. Macam biasa, hubby drop saya dan Anas di depan pintu masuk kemudian dia mencari parking. Kat depan pintu ni dah ada gambar, dan ramai tengah tunggu turn nak tangkap gambar. Hubby sampai, pergi beli tiket. Stroller Anas tak leh bawa masuk. Kena tinggal kat tepi tu. Kat kaunter bayaran ni ada gambar Lim Guan Eng tengah minum kopi. Leh tangkap gambar. Ada juga kedai makan, toilet kat sini. Penuh dengan chinese. Sempat bertanya pada yang jaga tiket. Muzium ni buka hari-hari, 9 pagi-6 petang. Harga tiket RM15, kena tunjuk Mykad.Kalau tak kena harga pelancong RM30.
kami minum ptg dgn LGE
Banyak lagi gambar tapi malas edit. Hehe.. Lepas keluar dari sini g makan, jalan sekitar situ yang ada lukisan di dinding ntah apa namanya.
Then beli fridge magnet, 10 keping yang ada semua design mural tu. RM30 kot semuanya. Kemudian naik feri balik seberang dan ke Restauran Khun Thai. Pertama kali ke sini, tempat luas, mamng leh sumbat banyak orang makan, parking di sediakan, percuma. Kami makan nasi putih, tomyam seafood, sotong masak pedas, ayam goreng. Makanan semua sedap. Sotong mintak paling kecik dapat banyak tu. Jenuh nak makan, memang tak habis, tapau bawa balik rumah. Tomyam seafood ada udang, sotong, isi ikan. Sedap jugak. Total semua dalam RM60-70. Tak ingat harga.
Habis makan, balik rumah, esok kerja T_____T




0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...