Tarikh - 17-19 Januari 2014
Tempat : Putri Ayu Chalet, Yan, Kedah
Kami berjumpa di Tol Sungai Dua selepas solat Jumaat. Ada kejadian di sini, kami yang pertama sampai dan berlaku kemalangan. Motorsikal laju tak nampak kami dah bagi signal nak berhenti di bahu jalan. Kami selamat. Cuma kereta kemek, calar, Penunggang motosikal jatuh tergolek. Dia tak nak kami bawa dia ke hospital, katanya ok, cuma mintak duit untuk baiki kerosakan motorsikal nya. Mujur sikit je mintaknya, kalau banyak nak heret pergi balai polis buat report je. Permulaan yang kurang baik bagi kami.
Bila semua dah sampai kami pun bertolak. 5 petang sampai sana, lepas check in, Solat Asar, rest kejap dan sesi pendaftaran. Acara bebas - ada yang mandi, ada yang sedia bahan BBQ untuk malam nanti, ada yang berehat. Husband bawa Anas mandi kolam. Walau sejuk sampai ketar, Anas masih nak mandi. Memang suka air budak ni. Lepas mandi, masuk semula bilik, tidurkan Anas. Mereka di sana dah mula BBQ. Dekat nak maghrib, Anas belum bangun. Seram pulak tinggal sorang-sorang dalam bilik, angkat je Anas dan pergi join diorang BBQ.
Lepas Isyak, bacaan Yassin dan tahlil. Tak sempat saya nak habiskan bacaan, Anas dah mengamuk nak tidur. Masuk bilik, tidurkan Anas kemudian dengar bunyi yang sangat kuat. Hubby dan adik saya kuar tengok. Rupanya bumbung dewan runtuh. Mujur lah tak de orang dalam dewan tu. Malam semua dalam bilik kami tak dapat tidur sebab Anas Syauqi meragam. tidur 15 minit, kemudian menangis hinggalah subuh. Pagi, 18hb saya hanya join acara sukaneka. Mengantuk dan sangat sejuk. Sarapan disediakan oleh pihak chalet.
9 Pagi, sukaneka bermula. Kami semua di bahagi kepada 2 team. Game pertama treasure hunt, semua ahli terlibat, kemudian lari dalam guni, bowling kelapa dan banyak lagi game. Pemenang dikira by point. Tengah hari rest dan sambung semula lepas lunch. Kami gerak ke Sungai Petani jam 12 tengah hari. Aktiviti lepas lunch tak tahu dah apa. Yang saya tahu group saya menang. Ngeee
Lepas gerak dari Yan, kami terus ke The Carnival, Sungai Petani untuk perjumpaan bersama teman kolej dulu. Yang ajak join ramai tapi yang hadir 3 orang je. Semua hadir bersama anak dan pasangan. Tak de aktiviti apa pun, cuma mandi manda dan bual kosong je. 5 petang gerak pulang.
Lepas gerak dari Yan, kami terus ke The Carnival, Sungai Petani untuk perjumpaan bersama teman kolej dulu. Yang ajak join ramai tapi yang hadir 3 orang je. Semua hadir bersama anak dan pasangan. Tak de aktiviti apa pun, cuma mandi manda dan bual kosong je. 5 petang gerak pulang.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)