Penjagaan Gigi Dengan Berus Gigi Yang Lembut
Setelah gigi tumbuh, gigi perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gunakan tuala basah yang lembut untuk membersihkan gigi. Terdapat juga berus gigi bayi yang lembut di pasaran. Tidak perlu menggunakan ubat gigi bila memberus gigi anak anda yang berusia di bawah 18 bulan. jika anak anda berusia kurang dari 6 tahun dan menelan ubat gigi berflorida dalam jumlah yang banyak, gigi kekal anak anda akan mendapat fluorosis ( tompok-tompok putih - kecoklatan).
Cara memberus gigi anak anda
- Berus gigi anak anda 2 kali sehari, pagi dan juga malam sebelum tidur.
- Posisi paling bagus untuk anda berdiri ialah di belakang atau tepi anak anda dan memegang rahang bawah anak anda dengan lembut.
- Berus bahagian permukaan gigi belakang dahulu kerana bahagian ini digunakan untuk mengunyah makanan dan sangat senang mendapat karies. Kemudian, teruskan dengan bahagian permukaan tepi gigi dan juga bahagian sebelah dalam gigi belakang.
- Selepas itu berus pula bahagian gigi hadapan, permukaan luar dan dalam gigi.
- Gunakan teknik berusan secara bulatan kecil seakan gegaran supaya seluruh permukaan gigi dibersihkan dengan sempurna.
- Luangkan masa dalam 3 minit untuk memberus gigi anak anda. Nyanyikan lagu semasa memberus supaya apabila habis lagu dalam masa 3 minit, maka pemberusan gigi pun habis.
- Suruh anak anda berkumur dan ludahkan semuanya. Jangan risau sekiranya anak anda tertelan sedikit ubat gigi yang mempunyai kandungan florida rendah. Jika anak anda selalu menelan ubat gigi, gunakan ubat gigi tanpa florida.
- Jangan lupa memuji anak anda kerana telah memberus gigi.
Setiap kali mandi akan gosok gigi Anas. Mula-mula dia gigit jari saya tapi lama - kelamaan dah jadi kebiasaan. Bila sarung je kat jari dia akan jelir lidah siap-siap. Sekarang saya gosok gigi, gusi dan lidah. Masa mandi tu saya pun akan gosok gigi sekali. Biar dia tiru perbuatan saya tu. Tak nak la bila dah sekolah nanti jadi malas nak gosok gigi.
Rancangan akan datang nak bawa Anas jumpa dentist. Sebenarnya sekali pakej dengan mama la. Mama nak g cuci gigi, sekali usung Anas jumpa dentist.
berus tu beli kt mana yer?tQ :)
ReplyDeleteSy beli di jusco bhgn brg baby. Dkt kedai jual brg baby pn ada jual
Delete