Thursday, March 20, 2014

upah orang kemas rumah

Tajuk entry nampak sangat macam malas kan? Setakat basuh, sidai, lipat baju, kemas rumah memang boleh buat dan hari- hari pun buat tapi ni untuk cuci tingkap, kipas, sawang, cuci tandas, mop lantai satu rumah memang tak mampu nak buat. Selalunya weekend memang tak ada kat rumah. Pergi kenduri la, balik umah mertua la, shopping la. Sampai rumah kemas la juga rumah tapi tak semua la buat. Dah sapu, mop, tingkap tak cuci. Dengan anak kecik yang aktif tolong mengemas sama memang tai settle la nak buat semua benda tu.

Camna leh kuar isu nak upah orang? Sembang-sembang dalam group whatsapp yang mak-mak budak ni nerungut la kerja rumah banyak. Tak mampu nak buat. Weekday sampai rumah dah maghrib , yang wajib nak buat urus EBM, kain baju Anas untuk esok, sterile botol susu, botol EBM. Tak sempat nak cuci tingkap, tandas. Kawan-kawan dalam group suggest ambil cleaner untuk cuci. Tanya hubby, mula-mula dia tak setuju, katanya dia boleh buat tapi saya kesian jugak dekat dia. Weekend nak rehat, nak buat kerja rumah lagi. Weekday memang dah letih.

Bila hubby dah setuju saya pun call agen servis tu. Dah dapat info yang perlu, maklum pada hubby dan pilih hari yang sesuai. Call semula agen tu. Set deal ahad pagi, 8.30 pagi (5jam), seorang wanita muslim (indon) dengan cas RM55. Ahad pagi tu tepat 8.30 pagi sampai depan rumah. Namanya Linda, Saya beritahu nak buat apa dan dia terus mula buat. Barang semua kena sedia sendiri. Pencuci lantai, Sabun, kain, baldi, mop, surat khabar.

1.30 petang tepat, habis semua kerja. Yang di buatnya, cuci kipas siling, sawang, tingkap, sapu, mop lantai dan cuci bilik air. Dah habis semua dia rushing nak turun sebab van dah tunggu. Makanan pun tak sempat makan, air pun saya paksa minum. Saya check balik lepas tu nak kata 100% puas hati tak la. Tingkap dah tak berdebu tapi nampak la kurang bersih. Sawang yang besar-besar dia buang, yang dekat frame gambar tepi keliling tak buang pun. Lantai bersih, tak berdebu. Yang paling saya suka dapur, sebab saya selalunya sapu dan cuci dapur gas je. Linda pulak dia kosongkan rak pinggan, cuci tingkap, tukar kotak pelapik dapur gas dapur, mop. Tong gas pun dia angkat dan cuci. Happy sangat tengok dapur kemas dan bersih. Nampak sangat perbezaan banding dengan sebelum ni. Kesimpulannya saya rasa berbaloi bayaran dengan servis diberi. Hubby pun puas hati. Nak tunggu kami suami isteri nak buat, jangan kata 5 jam, 2 hari pun belum tentu dapat buat kerja macam dia buat. Hubby cakap, bulan depan boleh panggil lagi.

21 comments:

  1. Salam..blh bg contact no agensi tu x..rs mcm nk upah org jgk memandangkan kami husband n wife busy..

    ReplyDelete
  2. As slm.blh tau tak area mn ek agensi tu?thnks

    ReplyDelete
  3. assalam area penang georgetown ada tak nk mintak no tel

    ReplyDelete
  4. assalam area penang georgetown ada tak nk mintak no tel

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Khidmat cuci dan kemas rumah RM25 sejam. Minimum 2 jam.

    Cover area - Shah Alam, Klang & Subang Jaya.

    Khidmat Cuci Rumah
    Hubungi/whatsapp Afina - 0134250727

    Tugas-tugas mengemas, membersih, mencuci mengikut keperluan anda Bersedia menerima sebarang tugasan, lipat baju/menyidai/gosok pakaian

    *Sila pastikan anda ada kelengkapan mencuci yang mencukupi.
    *Beroperasi pada sabtu & ahad sahaja

    ReplyDelete
  6. Uihh murah giler 5jm upah 55..mmg x berbaloi lh sis dgn kudrat cleaner..biase byrn utk 5jm Rm90..kesian jgk kt akak cleaner 2..tu kalau rumah setingkat..harga rumah 2 tingkat lain plk..

    ReplyDelete
  7. 2014 harga 5 jam rm55. 2021 tak harga tu dah la

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum and hi😊😊
    saya ada buat servis kemas rumah😄
    *bukan agent atau company
    *tidak ikut jam(kemas smpai siap)
    *orang tempatan
    *area lembah klang dan KL sahaja
    *kerja persedirian
    jika ada yang letih dan kepenatan nk kemas rumah,boleh sahaja mintak perkhidmatan dari saya dan saya akan sedia membantu anda di masa amat memerlukan😊😊😊👌
    boleh whatsapp(0176699910),call(0145889910)
    puan asz☺️💪

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum and hi😊😊
    saya ada buat servis kemas rumah😄
    *bukan agent atau company
    *tidak ikut jam(kemas smpai siap)
    *orang tempatan
    *area lembah klang dan KL sahaja
    *kerja persedirian
    jika ada yang letih dan kepenatan nk kemas rumah,boleh sahaja mintak perkhidmatan dari saya dan saya akan sedia membantu anda di masa amat memerlukan😊😊😊👌
    boleh whatsapp(0176699910),call(0145889910)
    puan asz☺️💪

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum and hi😊😊
    saya ada buat servis kemas rumah😄
    *bukan agent atau company
    *tidak ikut jam(kemas smpai siap)
    *orang tempatan
    *area lembah klang dan KL sahaja
    *kerja persedirian
    jika ada yang letih dan kepenatan nk kemas rumah,boleh sahaja mintak perkhidmatan dari saya dan saya akan sedia membantu anda di masa amat memerlukan😊😊😊👌
    boleh whatsapp(0176699910),call(0145889910)
    puan asz☺️💪

    ReplyDelete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...