Thursday, May 8, 2014

Holiday trip 2014 - Part 1

Assalamualaikum..
Macam biasa setiap tahun kami laki bini akan g holiday. Planning selama sebulan untuk trip kali ni. Kali ni hajat nak pergi banyak tempat dan tujuan utama PESTA BUKU. Macam biasala, bila dah plan nak g bercuti men'google' la saya tempat menarik, kurang menarik, chalet, resort, kedai makan dan lain-lain. Maka sampai la hari kejadian. Ohhhh, lupa nak mention, kami laki bini amik cuti 4 ari + public holiday.

26 April 2014

Destinasi 1 : Cherating
Minyak - RM 100
Tol - RM 58.40
Chalet : RM 80

Bertolak 4.45 pagi. Kena saman sebab plat kt genting sempah. Sampai di Cherating 3.30 petang. Survey chalet area situ, kebanyakan dah penuh tapi masih ada yang kosong. Lepas check in, rest jap, 6 petang kami jalan ke pantai. First time Syauqi main air laut.
Kejap je bagi main, masuk bilik, mandi dan siap-siap nak makan. Kami makan di Warung Awang ikan bakar (WAIB). Menu kami nasi putih 3, sup daging, ayam goreng kunyit, kailan ikan masin, sotong bakar dan lala masak halia. Tambah air 2 gelas harga RM33.80. Ok, murah! Habis makan, hubby ajak jalan-jalan. Sampai Kemaman  yang 15 minit dari Cherating, hujan lebat. Pusing balik chalet tido.

Ni komen saya tentang chalet. Dengan RM80 dapat ini. Katil queen, tv, bilik air, towel 2 helai, selimut nipis. Hajat nak stay 2 malam tapi cancel sebab badan kami gatal-gatal baring atas katil tu. Malam nak tido kami lapik dengan kain sendiri. Sejadah tak de, arah kiblat tak ditanda, banyak semut merah. Not recommended.

Antara chalet yang kami walk in tanya harga (per night) :-
Duyong sea view - RM100
Kampung Inn - RM140
Reverside 3 point - RM120

27 April 2014

11 pagi ke club med tengok penyu. Kecil je tempatnya, tiada bayaran di kena kan. Dapal la tengok penyu live. Pastu pergi Kemaman cari keropok dan fridge magnet (FM). Stop kat kedai makan sata dan losong. Sedap losong kat sini. Rasa ikan bukan tepung semata macam di sini. Habis makan pergi rumah kawan yang tinggal berhampiran ni. 5 tahun dah tak jumpa, makan tengah hari sekali di sini. Siap bagi bekal lagi untuk makan dalam kereta. Thanks Kak Shida, tak sempat pun tangkap gambar. 2.30 Petang gerak ke Teluk Cempedak (TC). Ramai sangat manusia, ada event di sana. Nak snap pic pun segan. Saya beli FM di uptown, RM5 satu. Silap saya beli awal-awal, sebabnya tepi pantai ada jual FM yang sama dengan harga 3pcs RM10.
tangan sapa yang debab tu
Habis pusing TC, nampak banner Mom & Baby Expo di The Zenith Hotel, Kuantan. Search GPS, 15 minit je dari TC, Hubby pun ok, lagi pun kami tak rushing. Jom! 5 petang sampai. Best, banyak booth, orang tak ramai, goodie bag pun ada lagi walau dah petang. Beli Babylove night tape 3 pack RM64, nursing bra 3pcs RM50, Pad + pantyliner. Syauqi masuk crawling contest, dapat no 2, menang 2 pek petpet. 7 malam gerak ke Melaka. Perjalanan yang sungguh menyeramkan. Kami bergantung sepenuhnya pada GPS. Alhamdulillah tak jumpa yang pelik-pelik.

28 April 2014

Destinasi 2 : Melaka

Minyak : RM70
Tol : 0
Hotel : RM180

Sampai di Melaka lebih kurang 1 pagi. Masa dekat Batang, saya dah terlena. Sedar je hubby cakap nak tanya hotel. 2 hotel survey. 1 tu RM85, Hubby tak nak sebab parking tak safety, bilik nampak buruk. Masa dalam kereta saya cakap dah nak hotel yang selesa sikit sebab kat Cherating dah rasa seksa masa nak tidur. Kami pilih hotel kedua, LKS Hotel, bilik Executive. Bilik selesa sangat, wifi full signal.  Ada la kekurangan sikit tapi dengan kebaikan dan owner hotel yang sedia membantu menutup kelemahannya.


Lepas solat zohor, kami mencari Coconut shake Klebang. 3 gelas + 1 tapau. Sedap, berbaloi beratur pendek (^__^) Kemudian ke pusat bandar, tangkap gambar dan makan dia Muara Sg Duyung. Ini kali kedua kami makan di sini setelah 3 tahun. Lepas makan balik hotel, rest. Hajat nak kuar naik menara taming sari dan river cruise tapi tak larat dah.

29 April 2014

Lepas solat zohor, check out dan terus ke Menara Taming Sari, request staf snap photo, print out gambar 5r dan FM gambar kami bertiga. Leh letak sebelah gambar 3 tahun lepas. Then pergi A Famosa, snap foto jap pastu terus gerak ke destinasi seterusnya.

bersambung~~~~~~~~

2 pendapat:

Anonymous said...

salam..yang di cherating tu rm80 tu chalet ape ye? boleh bg nama x tgh survey2 harga..hee :)

MizA said...

maaf, dah lupa T__T

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...