Monday, May 12, 2014

AnS Holiday Trip 2014 - part 2

29April 2014
Destinasi 3 : Port Dickson
Tol : RM 11.20
Minyak : 0
Hotel : RM90

Bertolak dari Melaka 1 petang dan tiba di Melaka 4 petang. Sampai je kat PD makan dulu. Lepas makan cari hotel, walk in tanya harga, fully book atau over budget. Hajat nak Grand Lexis atau hotel ngadap laut tapi bajet ciput maka hotel dalam town yang menjadi pilihan. E hotel just nice for us. Kecil comel je bilik nya.

Rest jap then 6 petang ke Teluk Kemang, tengok sunset. Maghrib balik bilik, lepas solat turun makan di kedai area hotel je. Saya makan kuew teow sup. Sangat sedap. Rasa sup tulang walau letak ayam, daging, telur je. Kalau tak silap nama kedai Che Embun. Klasik sangat nama

30 April 2014

Anas meragam, tidur tak lelap. Dari 2 pagi hingga subuh saya berjaga. Ada la benda ngekor tu sebab saya pun rasa sesuatu. Niat nak ajak suami check oup stat je tapi nak ke mana pagi-pagi kan. 10 pagi, lepas sarapan baru check out. Kemudian ke Seremban jumpa kawan hubby.

Destinasi 4 : Kuala Lumpur
Minyak : RM 70
Tol : RM 9.80
Hotel :  RM 120

1 petang bertolak dari Seremban. Aim nak terus pergi PWTC then baru cari hotel. Sampai di PWTC 3 petang, pusing - pusing parking bertingkat full, ramai sangat rombongan sekolah dan kolej. Bas dan kereta di parking sesuka hati di bahu jalan. Bahagian visitor parking ada kosong. RM10 per entry. Dalam 4.30 gerak dari PWTC. 7 buah novel sempat beli, Anas ngamuk nak tidur. Tak semua booth saya masuk. Terus tuju Karangkraf dan JS je. Yang di beli semua novel Alaf21 dan buku prima. Diskaun 20%. Bagi saya kalau beli di kedai buku diskaun sama je, kadang boleh menginjak 25% cuma di pesta buku ni banyak pilihan, buku yang lama-lama pun ada + dpt jumpa live penulis nya. Biasanya penulis ada masa weekend. Saya datang hari rabu memang tak de sapa la. Ada la Chef Wan dan penulis yang saya tak familiar. Next year tak pergi pun tak pe.
Novel yg di beli
Sesi cari hotel bermula. Area sasaran kami tengah bandar, Jalan TAR. Sangat mencabar, dengan waktu puncak, one way. Risau gak harga hotel double sebab esok Public Holiday. Lepas 4,5 kali round area yang sama dan 2 jam survey harga dalam linkungan RM120-180. Haruslah grab yang paling murah, Lotus hotel, Sangat sejuk, air cond + kipas. Dapat juga RM10 kupon breakfast di restoran bawah hotel.

Lepas maghrib gerak ke The Castle, Kampung Baru untuk gathering dengan kawan sekolah rendah saya. Dah 20 tahun tak jumpa.

Habis makan, chit chat, kami gerak ke Danau Kota, hubby nak jumpa kawan dia lak. Syauqi dah terlena. Hampir 2 pagi baru sampai hotel. Memang best tidur hotel tu, sejuk dan selesa.

1 Mei 2014

7 pagi turun breakfast. Ambil je makanan apa pun kat restoran ni. Lebih dari harga kupon kena bayar. Lepas makan, hubby dan Syauqi sambung tidur. Saya kemas barang. 11 pagi check out, terus ke Kenanga Wholesale. Malangnya ada perhimpunan bantahan GST, banyak la jalan di tutup. 4 jam jugak kami berkampung dalam tu. 8 tingkat habis pusing semua. Plan nak pergi KLCC, Masjid India tapi sebab GST tu semua cancel. Syauqi demam, badan dah mula suam, merengek je. Lepas mandi kan dia, terus ke William Corner.

Antara yg di pesan di William corner
Makan dan jumpa cousin hubby. Lepas makan, singgah rumah mak cik hubby untuk solat. Lepas solat kami gerak balik ke Pulau Pinang. Alhamdulillah, selamat tiba jam 1 pagi. Kami cuti sampai Ahad, baki cuti berehat dan selesaikan apa yang patut. Berbaloi cuti kali ni, hilang stress kerja bila luangkan masa yang tersayang tapi benci dengan gangguan panggilan dari tempat kerja.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...