Thursday, May 15, 2014

Review Novel : Setiap Detik Nafasku


Assalamualaikum..
Habis juga membaca SDN karya ke 7 Dhiya Zafira (DZ), antara novelis favourite saya. Macam biasa bila author buat pre order sibuk nak menepek beli sama walau dalam simpanan ada >5 buah novel masih berbalut plastik kedai ~_~ tapi bila sampai je novel kat tangan, lepas habiskan bacaan sedia ada terus potong turn novel lain. kihkihkih..

DZ bagi cenderahati fridge magnet :)
Di awal pembacaan saya agak slow. Memang lambat, merangkak ke next topik. Sungguh sibuk dengan kerja, urusan rumah tangga, percutian dan bidang baru saya ceburi. Bila dah masuk kisah heroin bertemu hero laju je baca. Kebetulan saya kena ke kursus 4 hari. Memang curi baca masa kursus je la. 

Sinopsis

Dzar Thalha, banduan atas tuduhan membunuh, bekerja di Pulau Perhentian dengan rakannya Izz Karami. Tengku Azra melarikan diri ke Pulau Perhentian setelah dipaksa bertunang dengan Izhar. Percutiaan selama sebulan itu telah membuatkan mereka jatuh cinta tetapi masing-masing tidak bersuara. Dzar dengan hati keringnya dan Ara dengan sifat berdikarinya. Selama sebulan itu Dzar berkongsi rahsia tentang dirinya kepada Ara dan Ara dapat menerimanya. Sehinggalah Azra pulang semula ke Shah Alam, Dzar mula merasa kehilangan dan menjejaki Ara. Ara pula nekad untuk memutuskan pertunangannya dengan Izhar tetapi ibu tiri Ara telah merancang lebih jauh bersama keluarga Izhar yang ingin mempergunakan Ara sebagai bantuan kewangan untuk syarikat keluarga mereka yang kekurangan modal. Ayah Ara menyokong apa sahaja keputusan Ara tetapi tidak ibu tirinya. Dia pula mengungkit kisah lampau yang membuatkan Ara serba salah dan bertambah buruk apabila Dzar muncul dan status Dzar sebagai banduan menjadi isu.
Adakah mereka di jodohkan?

Sebenarnya banyak sangat konflik terjadi, banyak adengan, banyak watak tapi macam biasalah, saya malas nak menaip panjaang-panjang. Nak tahu selebihnya pergi beli k. Serious best, Tak rugi membeli. Saya bagi 4.8 bintang :)

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...