Monday, June 9, 2014

Review Novel : DIA... Isteri Luar Biasa





Lama dah beli novel ni.. Rasanya dah lebih 4 bulan terperuk di rak buku. Bila sampai turn novel ni mesti saya skip dengan novel dari penulis favourite. Mentang-mentang ni first novel hasil tangan Umie Nadzimah dalam koleksi saya. Sekarang dah 70% pembacaan saya. Agak laju novel ni banding dengan novel sebelumnya. Laju bukan sebab banyak masa tapi sebab kisah menarik. Story bukan cliche, gaya bahasa sempoi. Ada la kekurangan here and there tapi boleh di maafkan.


Sinopsis

Dewi, wanita yang ada segalanya dan sangat kemaruk akan anak sendiri. Pelbagai cara di lakukan untuk memiliki anak sendiri tapi tidak berhasil. Cuma tinggal jalan terakhir iaitu berkahwin tetapi dia anti lelaki. Dia meminta Cik Kem untuk memilih 10 lelaki yang sanggup menjadi suami sementaranya (SS) tetapi semuanya kena reject. Hingga lah di bertemu dengan Raden Amzar yang punya semua sifat untuk menjadi SS tetapi mahukah lelaki alim itu? Sebenarnya dalam diam Raden Amzar juga telah jatuh cinta pada Dewi walau dirinya telah merisik Nurul Fatiha oleh kakaknya. Akibat plan bijak Dewi, mereka bernikah. Dan Dewi berjaya mengandung. Tetapi tidak mudah untuk mengundur diri dari perkahwinan yang telah mereka bini.
Berjayakah plan Dewi? Dapatkah Raden Amzar mengelak dari bernikah dengan Fatiha walau di desak oleh kakaknya? 


Jangan tanya ending sebab saya masih belum habis baca ^____~
Berbaloi beli novel ni. Rasanya saya tak let go. Biasa kalau novel suam kuku, tak kena jiwa saya let go kat group prelove -_-

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...