Friday, June 6, 2014

Review Novel : Menantu Datin Izzah


Ini novel pertama yang saya baca dri hasil tulisan penulis ini. Rasanya koleksi ketiga dari kaki novel. Yang perasan cover novel dari KN mesti ada rama-rama. Ok, berbalik pada novel ini, pendapat saya pada permulaan pembacaan penulisan perlu di baiki, gaya bahasa tidak matang, cara penceritaan seperti budak remaja. Saya kurang gemar novel yang berulang-ulang guna nama penuh watak. Dah la nama setiap watak terbelit lidah nak sebut. Tambah lak nama mereka 4 beradik semua lebih kurang, saya pening nak beza watak yang mana satu. Banyak yang perlu penulis perbaiki. Novel ni tebal. Di permulaan memang nak muntah dengan gaya penceritaan, bila masuk pertengahan dan dah boleh sesuai diri dengan gaya bahasa boleh layan sampai tak sabar nak habiskan.

Sinopsis

Ain tolong Datin Izzah untuk jaga nenek dan Aiman semasa ketiadaannya tetapi dia di salah anggap sebagai orang gaji di rumah itu oleh anak-anak Datin Izzah yang lain. Sebab lama sangat dia di situ keempat-empat anak lelaki Datin cintakannya. Ain cintakan anak sulung Datin, tetapi dia terhina dengan kata-katanya hingga bawa diri pulang ke kampung dan mereka tidak dapat menjejakinya.

Siapa yang dapat memiliki Ain?

Ringkas sungguh sinopsis saya buat? Novel ni kan tebal, banyak sangat plot. Penulis cerita kisah yang terjadi hari demi hari selama sebulan dalam tu. Kisah mak cik Zainab, Aiman yang masalah jiwa, Aqeem dengan tunangnya, Amar yang gorila, Aqram yang mula-mula kenal Ain, pak su bujang terlajak, mak su Syidah yang garang macam singa, maklong yang pandai masak dan lain-lain lagi. Kisah novel ni memang lain dari novel-novel di pasaran. Go and get it :)

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...