Tuesday, July 15, 2014

Anas Syauqi sakit mata

Rasanya baru je taip entry kisah Anas Syauqi demam panas. Ni sakit mata pula. Allah, dugaan buat kami 3 beranak. Ahad, ayah saya sakit mata, MC hingga khamis. Saya hantar Anas ke rumah mak ayah saya macam biasa. Rabu, lepas berbuka perasan mata kanan Anas bertahi. Walau dah cuci ada lagi. Badan dah suam cam nak demam.

Masa tidur saya tengok mata Anas memang berair, bertahi. Khamis masa Subuh Anas nangis. Dia dah bangun tapi mata kanan tak leh buka. Hubby cuci dengan kain basah baru dapat buka. Mata kanan dah namak merah, bengkak. Suhu badan dah mula naik. Bincang dengan husband nak ambil EL tapi masing-masing tak boleh. Saya cuma boleh ambil half day.

Hantar Anas rumah parents saya dan remind adik saya untuk call saya kalau keadaan Anas makin teruk. Saya kerap la call masa kat tempat kerja update tentang Anas. Dari cerita mereka makin ok. Saya tak jadi ambil half day. Habis kerja tengok Anas aktif dan makan macam biasa. Cuma minum susu kurang sikit.

Kemudian terus ke kecemasan hospital. Mujur tak de orang, cepat je settle. Dapat eye drop.

Jumaat, bangun pagi tengok mata Anas dah kurang bengkak dan merah. Petang, mata saya pula dah mula rasa sakit, meeah, bengkak. Ubat Anas saya pula guna. Sabtu, mata Anas dah kembali pulih. Alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...