Thursday, July 17, 2014

Review novel : Lelaki Januari


Novel samberono saya beli tanpa pujukan dari sesiapa. Pendapat saya, di awal pembacaan novel ni menarik, buat saya teruja nak ke bab seterusnya tapi bila masuk kisah mereka di Malaysia, saya jadi lemau dan bosan. Penggunaan bahasa yang agak klasik. Terdapat beberapa perkataan yang saya tak tahu maksudnya. Kisah mereka di luar negara, tapi semua watak dialog melayu saya rasa kelakar dan tak logik. Ending nya saya benci. Saya tak suka kisah yang ending tergantung dan tiada kesudahan pada watak utamanya. Berprasangka baik ; nanti ada kesinambungan =,=

Sinopsis

Delaila bernikah dengan Ali Syukri di usia 19 tahun. Mereka melayari alam rumahtangga di luar negara dengan kedua-duanya memegang status pelajar. Syuk di bidang perubatan, Laila di bidang seni. Peekahwinan mereka gagal dengan kehadiran orang ketiga, Wairah yang menyimpan perasaan pada Syuk sejak zaman persekolahan. Laila membawa diri ke New York dan Syuk berkahwin dengan Wai. Setelah 12 tahun, mereka bertemu. Pertemuan itu membuatkan Laila pulang ke Malaysia dan Syuk yang mengalami konflik rumah tangga, sedar cintanya pada Laila. Tetapi, setelah penceraian dan bekas suaminya bertunang, Wairah mengejar Syuk dengan alasan anak. Siapakah pilihan Syuk? Wairah atau Laila.

Erm.. Bagi saya setelah habiskan pembacaan novel ini..

"Tiada istilah kawan baik bagi lelaki dan perempuan"

Nak tahu kenapa saya berpendapat seperti itu? Bacalan novel ini. Hanya yang pernah merasainya yang paham.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...