Monday, July 21, 2014

Iftar Ramadhan 1435 / 2014

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, sudah masuk minggu terakhir Ramadhan tahun ini. Tahun ke 3 Ramadhan sebagai isteri, tahun ke 2 sebagai ibu. Bulan Ramadhan hari bekerja memang sibuk berkejar ke sana sini. Isnin hingga khamis rushing balik kerja, settle barang Anas di rumah keluarga saya kemudian hubby sampai terus ke Pasar Ramadhan beli juadah berbuka. Biasanya 7.30 baru sampai rumah. Jumaat berbuka di rumah keluarga saya atau di luar. Sabtu, Ahad, dan hari cuti umum kebanyakannya berbuka di luar. Kalau tak di rumah keluarga besar saya, rumah mertua atau saya masak. Yang pastinya hari-hari berbuka saya ada suami dan anak di sisi. Nak list down destinasi kami suami isteri berbuka. Saja suka-suka.

1) Penang Golf Resort

Jumaat, minggu pertama puasa, saya ajak semua ahli keluarga saya berbuka di sini. Kena booking dulu. Bayaran RM45 / head buffet Ramadhan. Menu banyak, makan sampai pengsan. Surau kecik, toilet teruk, wifi laju.

2) Chelup Chelup Steambot Restaurant

Restoran baru, kebetulan lalu nampak banner. Call dan terus pergi. RM 32.90 / head. Masa sampai 1 meja je penuh orang. Lain-lain kosong. Surau, tandas ok, bersih dan selesa, Wifi pun laju. Minuman karbonat je yang ada + air suam. Minuman panas lain tak de. Makanan berat ada 1. Nasi putih, ayam masak merah, sayur. Lain-lain ayam, kambing, daging siap marinated untuk gril dan bahan steambot. Pendapat saya, makanan tak banyak dan bayaran RM32.90 tak berbaloi. Untuk makanan / minuman sebegitu, cukup hanya Rm20-25 sahaja.

3) KFC dalam Petronas.

Lepas shopping baju raya, hajat nak buka puasa di Restoran KFC. Malangnya penuh. Maka hubby beli take away je dan ingat nak makan dalam kereta. Singgah Petronas nak solat, tengok ada sedia meja kerusi dan kosong. Apa lagi? Bawa masuk KFC dan makan. Lepastu solat. 

4) Mami Tomyam

Kedai favourite keluarga saya kalau makan luar. Tapi kali ni kami bertiga je yang pergi. Husband singgah booking dan order dahulu. Owner kedai pun dah kenal. Ambil set je. RM50 ada nasi, Siakap stim limau, telur bungkus, kailan ikan masin, air limau satu jag. Kenyang dan siap tapau lagi bawa ke sahur.

5) Bumbledee's @ 1938

Iftar beramai-ramai sebab jadi pemanggil kelima masa call Pimai Fm. Juadah berbuka banyak. BBQ ada ayam, daging, kambing dan sosej, sos black pepper. Sos sedap. Makanan berat, nasi arab dan kue teow goreng. Desert macam-macam ada, kuih, kek tapi yang sempat makan bingka roti je. Minuman ada teh tarik, sirap selasih dan ice lemon tea. Surau dan tandas ada di sediakan.




0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...