Sunday, August 10, 2014

Masuk Hospital lagi ; Removal of Implant (ROI)

7/8/2014

bersamaan 11 Syawal saya diarahkan masuk wad untuk pembedahan ROI, bahasa mudahnya, operation buang besi. Kesan dari pembedahan 3 tahun lepas saya alami kesakitan di peha. Sakitnya on and off. Saya rujuk ke pakar masa appointment bulan Mei yang lalu dan di sarankan untuk operation. Pagi tersebut, bawa surat ke kaunter pendaftaran, naik wad, beri pada nurse. Nurse tunjuk katil, beri pakaian. Simpan barang, tukar baju dan ambil BP. Kemudian Houseman datang ambil darah, masuk jarum, tanya sejarah, dan data peribadi.

3 petang doktor orthopaedic datang, sesi penerangan tentang pembedahan dan sahkan tandatangan saya tentang persetujuan pembedahan. Kemudian doktor bius pula. Prosedur yang sama, penerangan tentang kesan bius dan saya beritahu tentang status saya yang breastfeeding. Esok saya kes pertama, bius separuh badan, puasa 12 tengah malam, akan dipindahkan ke Hospital Bukit Mertajam malam ini kerana pembedahan akan dijalankan di sana.

7.30 malam, saya bersama 2 pesakit lain di hantar ke HBM menaiki ambulan. Sampai, di tunjukkan katil, arahan puasa 12 mlm. Hubby datang bawa makan.

8/8/2014

5.30 pagi nurse kejut. Diarahkan untuk mandi dan tukar pakaian bedah. Drip dipasang dan 7.30 pagi ditolak masuk bilik bedah yg sangat sejuk. 8 pagi diberi bius separuh badan dan ubat tidur. 9 pagi, pembedahan selesai dan di bawa ke bahagian pemerhatian untuk monitor BP. 9.45 di bawa keluar dan ke xray. Selepas tu naik ke wad. Masih ada kesan bius. Bahagian bedah tak rasa apa.


Petang, dah mula rasa sakit. Sakit yang amat. 7 malam, saya di hantar semula ke HSJ. Ambulan laju, memang sangat sakit bila ambulan hentak-hentak, pusing masuk selekoh dan bertambah teruk bila nurse nak buang kain kotor, saya kena pusing kiri dan kanan. Memang mengalir air mata. Punggung dan peha rasa berat. Memang sakit sangat. Tapak kaki rasa kebas je. Malamnya, adik saya datang teman. Ambilkan air, bekas nak buang air dan banyak lagi. Malamnya memang tidur tak nyenyak. Nurse kejut untuk pelbagai prosedur.

9/8/14

Nurse bagi besen untuk lap badan seawal 5 pagi. Kemudian pam susu. Housemen datang dan check, katanya boleh balik hari ini tapi tunggu bos datang confirm dulu. Then, bos datang, sama juga plannya. Leh discaj, MC 6/52 hingga tarikh jumpa doktor semula. Isnin kena ke klinik kesihatan terdekat untuk pemeriksaan luka dan cuci luka hari-hari.

Tengah hari balik rumah. Saya naik kerusi roda dari wad ke kereta. Masuk dalam rumah pun guna kerusi roda. Kemudian di rumah mula belajar guna tongkat. Saya di benarkan berjalan guna dua-dua belah kaki dengan bantuan tongkat. Sakit? Memang sakit tapi selagi mampu tahan. Silap saya cuma makan waktu pagi dan kurang minum air. Saya tak berselera untuk makan dan elak minum banyak air sebab sukar nak ke tandas. Sudahnya, masa nak ke tandas petang tu, saya jadi gelap mata. Pandangan kabur dan rasa nak pitam. Mujur ramai saudara di sekeliling. Hari ini hari kedua selepas operatiom. Saya rasa saya makin baik. Masih sakit yang boleh di tahan.
Besi yg di keluarkan

14 comments:

  1. Salam. Boleh tahu keadaan puan skrg lepas buang besi? Besi ditanam bahagian mana. Harap dapat kongsi ssebab ada kwnalan yg masih sakit peha lepas operation femur neck, Dr suggest operation kedua.

    ReplyDelete
  2. Wasalam Sal Sa,
    Sebelum ni besi di tanam sepanjang peha kanan. Hari ni dah 4 tahun besi (implant) dikeluarkan. Keadaan lebih baik dari sebelum pembedahan. Saya lebih selesa untuk bergerak, tidur dan aktiviti luar. Kaki hanya sakit bila bersila. Jika jalan atau berdiri akan sakit jika terlalu lama.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikumm...untuk buang besi nie kos brapa hosptl krjaan

    ReplyDelete
  4. Berapa ringgit nak buang besi ni ye

    ReplyDelete
  5. Unknown & Ahmad Afiq - Percuma

    ReplyDelete
  6. As salam..brp lama kesan sakit slps besi dkeluarkn pn?

    ReplyDelete
  7. Salam puan. Kenapa rod besi tu kena kuarkn dari tulang paha?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaki saya sakit. Besi menekan isi dan saya sukar untuk tidur mengiring

      Delete
  8. besi ni lain pula yee... saya pun msk besi juga peha kanan tetapi jenis plate ... besi ni tanam dalam tulang ke ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tanam dalam tulang. Di skru bersama tulang untuk support tulang.

      Delete
  9. tumpang tanya, ad apa2 rsiko x klau xbuang besi, mcm klau kmlngan kali ke 2 n patah di tmpat sama ke.?.

    ReplyDelete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...