Tuesday, August 12, 2014

Review novel : Suami yang kubenci


Saya beli novel ni selepas saya membaca novel 'Bukan kerana aku tak cinta' sebab novel ni kisah kakak kepada heroin BKATC. Best. Saya dah jatuh cinta dengan hasil penulisan E-man Sufi. Memang kena dengan jiwa saya.

Sinopsis
Hannah Maryan bertunang dengan Tengku Muiz di luar negara. Balik Malaysia mereka ingin bernikah dan tuk ayah izinkan walaupun dia kurang berkenan dengan lelaki itu. Seminggu sebelum berkahwin, Tengku Muiz di tangkap khalwat dan Hannah nekad memutuskan pertunangan dan membatalkan perkahwinan itu tetapi tuk ayah tidak mahu menanggung malu dan reputasinya terjejas, tetamu sudah dijemput dan Hannah kena berkahwin juga dengan lelaki pilihan tuk ayah. Hannah tidak mahu tetapi tuk ayah mengugutnya untuk menggugurkan namanya dari menjadi CEO syarikat. Hannah terima juga Uwais Akashah sebagai suami. Lelaki penjual burger itu sering dihina Hannah. Tetapi dia sabar kerana sedar tanggungjawabnya sebagai suami dan nekad ingin mengubah Hannah. Kemudia Hannah mulai sedar yang dia telah jatuh cinta pada Uwais di saat cikgu Batrisha mendekati Uwais. Dan dia nekad untuk berubah menjadi isteri seperti mana Uwais mahu. Kehadiran Fawaz sepupu yang telah lama jatuh cinta pada Hannah menguji Uwais apabila lelaki itu sering mengekori Hannah

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...