Friday, August 29, 2014

PEMBATALAN PEMOTONGAN GAJI

Assalamualaikum
Tahun lepas ada satu persatuan / badan / kumpulan (saya tak pasti yang mana) datang bagi ceramah / kursus pada staf. Di akhir ceramah kami di edarkan borang. Silap saya tak baca secara terperinci tentang borang tu. Borang tersebuat adalah persetujuan untuk pemotongan gaji bulanan kepada badan kebajikan tersebut. Bulan seterusnya dalam slip gaji terus ada pemotongan. Awalnya tak kisah pun. Sebab angka pemotongan tu tak banyak. Fikir boleh jugak menderma dan leh guna untuk LHDN nanti.

Bila pergi buat e-filling awal tahun hari tu, staf LHDN cek, katanya tak leh tolak cukai. Rasa ralat la pulak, dari ikhlas nak menderma terus rasa .... Kekawan pula ada bagi respon negatif. Kemudian saya hubungi XX (persatuan tersebut) bertanya tentang bagaimana nak stop potong gaji. Setelah pelbagai masalah semasa nak dapat bercakap dengan person in charge, pas call ke sana ke mari, dapat la cakap dengan pegawai yang terlibat. Katanya untuk pembatalan pemotongan dari gaji tu kena buat surat rasmi dan hantar kepada mereka. Ni surat yang saya hantar.
Surat di pos hujung bulan Mei. Pertengahan Jun saya call person in charge. Katanya dah terima surat saya dan akan proses. Bulan ini (Ogos) saya semak penyata gaji secara online dan tiada lagi pemotongan tersebut. Ok, leh pergi buat untuk potongan zakat pula. Harap entri ini membantu \(^__^)/

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...