Monday, September 1, 2014

Sambutan merdeka 2014 kami

Assalamualaikum..
Selamat hari merdeka yang ke 57. 30hb, malam counting down merdeka, hubby buka burger. Saya dan Anas ikut dan stay rumah mak. Detik 12 tengah malam tengok bunga api dari luar rumah je. Sekali dengan Anas ikut tengok. 2 pagi gerak pulang tapi singgah makan dulu. 4 pagi baru sampai rumah. Tengah hari ke rumah saudara, ada majlis pertunangan.

2 petang balik dengan plan nak ke Taiping. Dah sampai rumah, cancel gi Taiping. Sudahnya kami 3 beranak tidur. Petang tu bawa Anas pergi pantai, tengok sunset dan main bubble. Gambar dalam kamera, belum transfer lagi. Lepas solat Maghrib, ke Seoul Garden,dinner. Kemudian jalan-jalan sekitar kawasan tu. Sangkut di kedai bedsheet dan kami keluar dengan 3 helai cadar baru. Fuhh, lama tak beli cadar, sekali beli?
Masa di sana, register apps ini
dan dapatBarang ini
Pastu balik rumah dan Kaki saya sengal setelah 2 hari berjalan sana sini. MC untuk rest kaki tapi... Yang penting hari cuti saya bersama 2 hero kesayangan. Itulah kisah merdeka saya ^_^

 Anas 1 tahun 6 bulan hari ni
Few weeks lagi for the last jab
Still fully bf 
Masih makan homemade food

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...